Saturday, March 12, 2011

Pengenalan Kepada Tanah Haram Mekah

Ye, saya bukannya alim ulamak, mahupun ustazah ataupun ilmuan dalam bab-bab ugama ni... Ilmu agama saya sangat cetek, sgt sedikit.... tetapi, ilmu yang sedikit inilah yang saya mahu kongsikan kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini.... Jika saya tersalah, mungkin sebab saya tersalah dengar ataupun tersalah paham... mohon dibetulkan...

Saya akan kongsikan apa yang saya pelajari pada mlm ini.... tak dapat nak ceritakan semua sbb ustaz ada banyak ilmu yang dicurahkan sehingga saya tak sempat nak salin semua... akhirnya, saya mendengar sahaja... tapi, masalahnya... jika mendengar tanpa menyalin, lama kelamaan akan luput di ingatan. Sekurang2nya, dengan mem`blog'kan apa yang saya pelajari, saya dapat mengingati semula/mengasah ilmu kuliah yang telah diberi dan dapat menyebarkannya kepada tuan/puan...

Tanah Haram Mekah
Kenapa dinamakan tanah haram? Biasanya, apa yang kita paham, haram ni maknanya tak boleh sangat2... berdosa besar jika buat/makan/lakukan. Tapi, tanah haram maksudnya tanah yang mulia... yang ada kelebihan tertentu yang tidak ada di tempat lain. Selain itu, ia bermaksud tanah larangan, di mana dilarang melakukan amalan tertentu... padahal amalan yang sama tidak menjadi larangan di tempat lain.

Sebagai contoh, kawasan istana. Istana ada kemuliaan tertentu dan ada pantang larangnya... kita tak boleh buat sesuka hati. Hanya org2 tertentu je boleh memasuki istana. Dah masuk, ada adat istiadat dan ada pantang larangnya. Begitu juga dgn tanah haram Mekah.......

Selain itu, ia juga disebut sebagai tanah suci. Ia adalah tempat untuk menyucikan diri drp dosa, maksiat, fasiq (perbuatan salah) dan fahish (perbuatan keji). Tapi, kalau tinggal di sini tanpa melakukan amalan yang dituntut dan tak jaga adab sopan, maka mereka ini tidak akan menjadi suci dengan sbb duduk di tanah haram ini.

Tempat2 yang mustajab utk berdoa adalah di bumi Arafah (sepanjang waktu wukuf sahaja), di Multazam, pancuran emas, Hijir Ismail, makam Ibrahim, Bukit Safa & Marwah dan kawasan antara penjuru Yamani dan penjuru Hajar Aswad.

Masjidil Haram/Baitullah
Baitullah... is centre of the world. Kedudukannya di pusat bumi, bersetentang dgn Baitul Makmur, tempat para malaikat melakukan tawaf. Baitullah adalah bangunan yang pertama didirikan... Firman Allah,

Sesungguhnya, rumah yang mula2 dibangunkan untuk (tempat beribadat) bagi manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk (bagi semua manusia) di seluruh alam.

Menurut ustaz tadi, ayat ini turun sebab org kafir mentertawakan org Islam dan mengatakannya Islam ni seolah2 agama `tiruan' sbb asalnya, kiblat adalah mengarah ke Baitul Maqdis, tetapi kemudiannya berubah ke Baitullah... Maka, turunlah ayat ini yang menyatakan bahawa Baitulallah adalah yang paling awal.

Sebuah hadis drp Ibn Abbas r.a. bermaksud;
Sesungguhnya pada setiap hari Allah turunkan 120 rahmat di Ka'abah, 60 untuk orang yg tawaf, 40 untuk org yg solat dan 20 untuk org yang memandangnya

MasyaAllah... hanya dgn memandangnya sahaja, kita mendapat 20 rahmat... apatah lagi jika solat dan melakukan tawaf.

Ada byk lagi.... saya coretkan apa yang sempat sahaja....

1 comment:

  1. Dah lama rupanya laman ini dibina, mokcik tak tau pong...

    Oleh itu mokcik tanpa segan silunya akan jd org pertama yang folow

    ReplyDelete