Sunday, March 6, 2011

Kursus Bermula

Sepatutnya mak pergi umrah semalam.... saya dah siap-siap ambik cuti. Tapi, ada masalah flight (ke masalah agent??), pemergian mak ditangguhkan. Maka, dapatlah mak join rombongan menghantar Nwar tunang ke Ipoh.

Balik dr Ipoh, terus ke rumah Mak Su... K.Ngah pun ikut sekali. Tapi, kami sekejap aja di sana sbb mlm ni start Kursus Haji... saya tak nak miss... Saya akan berusaha b'sungguh2 utk attend kesemua siri... Kalau diikutkan, badan rasa penat... ye la, dr Ipoh terus ke Balakong pulak tu... Then rushing utk ke masjid lak.

Penceramahnya, masih Datuk Hj Kamal Hj Muhammad. Ahli jemaah, ramai org baru.... ada la org lama, tp tak ramai... Yuran pendaftaran RM60 dan buku RM20. Datuk penceramah kata, tahun ni dia ada mengemaskini buku rujukan... ada buat bbrp penambahan.

Kelas pertama ni, diterangkan mengenai definisi haji, syarat2 wajib haji, syarat2 sah haji, falsafah haji dsb. Diceritakan juga sejarah Rasulullah mengerjakan haji....

Sejarah ringkasnya....
Rasulullah terima perintah Allah untuk tunaikan haji pd thn 5 Hijrah. Tahun 6H, Rasulullah mengerjakan umrah pertama ttp telah dihalang oleh org Quraisy. Maka Allah memerintahkan rombongan tersebut bertahallul dgn menyembelih binatang ternakan sbg dam ihsar (terhalang drp mengerjakan umrah setelah berihram). Halangan ini diselesaikan melalui perjanjian Udaibiyah di mana salah satu perjanjiannya adalah Baginda dan org Islam dibenarkan memasuki Mekah utk laksanakan Haji/Umrah pada tahun berikutnya iaitu 7H.

Maka seterusnya thn 7H, Baginda dan rombongannya berangkat ke Mekah melaksanakan umrah Qada' untuk menggantikan umrah mereka yang terhalang pd thn sblnya. Sekali lagi Rasulullah mengerjakan umrah pada tahun 8H dan mengerjakan haji pada tahun 10H.

Haji Rasulullah ini juga dinamakan Haji Wada' (perpisahan) kerana inilah haji yang pertama dan inilah yang terakhir

No comments:

Post a Comment