Thursday, March 3, 2011

Senyap jer...

Saya baca dr blog Hj Mazlan, TH akan mula mengeposkan surat kpd mereka yg dipilih utk mengerjakan haji thn 1432H pada 24 Feb 2011. Bakal haji yang menerima surat tawaran tersebut perlu menjawab sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut pada atau sebelum 20 Mac 2011.

Hari ni dah 3 Mac 2011. Hari ni juga hari lahir suami tersayang.... (happy birthday darling... love you...) Sehingga hari ini, masih belum ada khabar berita lagi... Terpilih ke tidak? Entahlah... Allah lebih mengetahui...

Jika terpilih, syukur alhamdulillah... Jika tidak, kami akan ikuti kursus haji setiap tahun sehingga tiba giliran kami nanti. Tak rugi belajar.... Saya rasa (saya rasa, tuan/puan pun rasa apa yang saya rasa)..... semakin kita belajar, semakin byk yg kita tak tahu.... SubhanAllah...

Sesungguhnya, perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita. Sekiranya tiada lagi rezeki untuk kami pergi tahun ini, kami redha....

2 comments:

  1. Amat terharu dengan kesungguhan puan untuk ke tanah suci. Selalulah memohon doa dari Nya supaya terpilih menjadi tetamu tahun ini. Sembahyang tahajjud, sembahyang taubat dan sembahyang hajat sekerap yang boleh.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah tuan, saya redha dan faham.... penangguhan ini bukanlah sesuatu yg negatif... selain dari berpeluang melengkapkan diri dgn ilmu haji ke arah mencapai haji mabrur, timbul suatu `desire' utk lebih menghayati falsafah haji dan saya pasti Allah akan berikan yang terbaik buat kami...

    ReplyDelete