Thursday, September 29, 2011

What's Next?

Khamis, 22/9/2011... saya attend Majlis Penyampaian Surat Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan kat INTAN. Satu hari kat sana, tak masuk ofis pun. Mula2 baca isi kandung dlm envelope yg diterima, saya tgk surat berletter-headkan INTAN yg saya perlu mengikuti kursus Quantitative Analysis mulai 22 Nov - 30 Dis.... lama tuuuuuuu... 6 minggu.

Yang menjadi kerisauan saya masa tu, jadual penerbangan haji belum diterima lagi. Dan kalau boleh, mmg saya nak ikuti kursus QA siri 1 ni... sbbnya, saya nak usahakan utk start blaja intake Feb ni..... JPA syaratkan, perlu lulus kursus QA tu dulu... Hmmmm....

Esoknya, Jumaat... saya dan abg pergi buat medical check up kat Pusrawi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..... tapi mkn masa jugak... ingatkan dah tak ramai. Satu yg saya perasan.... skg ni trend org pergi haji time muda2... May be dah ada kesedaran awal (mcm saya ni ha... :P). Tak ramai org2 tua mcm zaman2 dulu....

Ingat lepas tu nak terus submit passport dan buku kesihatan kat TH W.P'sekutuan. Memandangkan waktu solat Jumaat pun dah hampir tiba, kami balik dulu dan keluar semula slps Jumaat.

Kat TH WP, kami serahkan passport dan maklumat kesihatan kami direkodkan. Kami juga diberikan beg TH yang beroda (utk 5kg muatan). Alhamdulillah, selesai semua urusan yang dirancang pada hari itu.

Hari Isnin 26/9... saya call TH call centre, bertanya mengenai flight details... Tak disangka2, flight details were ready and I was told to report at Kelana Jaya @ 9.30 pm, this coming Sunday. Skali lg saya rasa menggigil... don't know why... whether excited? surprised? So soon... n we haven't made any preparation at all. Lepas dokumen kami lengkap semua, terus TH buat arrangement flight.... cekap sungguh.

Brg2 standby thn lepas mmg ada, tp dah berpakai... dan dah merata2 letaknya... dan juga incomplete. Terus saya ingat nak ambik cuti starting tomorrow... tp tak sampai hati nak tinggal office cam tu je... kesian... kesian dkt Unit saya tu... dah la puan boss Fizah Jusoh tak de, maternity.

Akhirnya, saya bercuti mulai Rabu..... saya dah clearkan mana2 yg patut.... masa saya tinggalkan tu, tak de benda yg pending pada saya.... Kew 8 semua settle, melainkan yg dokumen tak lengkap lagi dan kecuali Kew 8 saya sendiri (saya tak boleh sahkan Kew 8 sendiri).... saya rasa bercelaru pun ada sbb masa last day tu ada 1/2 day meeting kena attend, petang tu ada taklimat LNPT HRMIS lg... Nota serah tugas pun belum siap... Nak tinggalkan amanat lagi. Tak pe, slow2...

Apa2pun, semuanya berjalan lancar.... Saya sempat jumpa Zeti tp tak sempat jumpa Mawar (sdg berkursus). Tak pe la... nnt calling2.. Cuma, saya jemput anak sulung saya lambat (first time ever)... pukul 7.30 mlm... dah gelap dan dia dah lama berdiri menunggu kami (school ends at 6.50 pm). Kesian kakak........

1 comment:

  1. sian kakak... alhamdulillah anak2 memahami.. sy kadang2 pun terlewat amik anak kat school... huhu

    ReplyDelete