Tuesday, September 20, 2011

Allahuakhbar... Alhamduillah

Semenjak saya menghantar rayuan kali kedua thn ni, boleh dikatakan sehari sampai 3-4 kali saya semak status permohonan di website TH. Pagi semalam, saya melaksanakan rutin yg serupa. Saya sudah bersedia menanti imej yg bakal dipaparkan adalah imej yang biasa saya tengok yg menyatakan `tiada maklumat ditemui'. Saya dah reserve hati saya untuk menerima berita yang tak diharapkan.... Saya sudah biasa dengan kehampaan...

Tapi........... imej yg keluar adalah berbeza dari yg sebelumnya.... saya tak terbaca tulisan2 yg lain sbb mata saya terfokus kpd perkataan TERPILIH. Ya Allah.... inilah yang saya tunggu2..... Alhamduillah, saya dan suami sudah menerima jemputan untuk menjadi tetamu Allah. Saya rasa menggigil sekejap dan mengambil masa untuk menelefon abg.... tunggu hati bertenang sikit.

Sementara itu, bertalu2 ucapan tahniah yg saya terima dr rakan2 sekeliling.... Hmmm, dorang terdengar saya `menjerit' kegembiraan kot... hehehe.. uncontrollable. Terima kasih semua.... Saya gembira sgt2 sbb dah melepasi `gate' yg pertama.... lepas saya agak tenang, saya terfikir..... ini pun belum tentu menjamin yg saya akan menjejakkan kaki di Mekah/Madinah nanti... semuanya atas ketentuanNya jua...

Lepas tu, saya call abg.... then, kami buat keputusan utk ke TH Kelana Jaya waktu rehat nanti.... nak mintak salinan surat tawaran dan terus buat acceptance tawaran. Kami tak nak tunggu surat sampai sbb bimbang surat tu tak sampai2 atau lambat sampai... dan kami kena buat acceptance sbl due date yg ditentukan.

Bila sampai sana (TH K.Jaya), punyalah ramai org.... tunggu dlm sejam setengah, baru sampai turn kami.... Kami terus isi penerimaan tawaran dan serahkan semula di kaunter. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..... cuma TH K.Jaya kehabisan buku kesihatan. Kami dicadangkan utk dtg semula keesokan harinya utk dptkan buku tersebut. Tak pe lah.... mana2 TH pun boleh dptkan buku tersebut.....

So, hari ni.... abg pun ambil buku tersebut di TH Jln Tun Razak.... Hari Jumaat ni, kami cuti... so, bolehlah buat pemeriksaan kesihatan. Last year dah buat dah... kan kami berstatus standby last year... Tp dah tak valid lg... cuma suntikan je yg tak perlu ambil lg...

Sesungguhnya, Allah akan memperkenankan segala permintaan kita... cuma kita tak tau bila... lambat atau cepat... atau mungkin permintaan kita tu diperkenankan bukan dlm btk yg kita inginkan.... dan kita yang tak perasan.... Hanya Dia yang Maha Mengetahui....

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tahniah wahai tetamu Allah. Inilah berkat sentiasa berusaha tanpa menunjukkan putus harapan, insyallah akan dimakbulkan segala peermintaan.

    Semoga Hajjah suami isteri mendapat haji Mabrur.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tuan Haji Sarani.... Hajat hati nak berjumpa tuan haji dulu sebelum bercuti, tapi tak sempat juga...

    Terima kasih sekali lagi atas segala bimbingan dan nasihat yang tuan berikan.

    ReplyDelete