Saturday, January 14, 2012

Kenangan Terindah (1): Syukur.... Alhamdulillah...

Hanya ucapan syukur dan alhamdulillah yang sering bermain2 diminda dan hati saya bila akhirnya, impian saya dan suami akhirnya bakal menjadi kenyataan... Tak dapat nak digambarkan perasaan saya ini. Rasa sangat2 bertuah kerana akhirnya menjadi Dhuyufur Rahman.

Sememangnya saya berhajat untuk mencatatkan dan berkongsi setiap detik dan pengalaman yang saya lalui. Saya inginkan setiap inci memori di Mekah dan Madinah sentiasa hidup segar dalam ingatan saya.... saya tak mahu melupakannya walau sekelumit. Saya tahu dan faham bahawa ia tak mungkin akan melekat kukuh dan ia akan menghilang sedikit demi sedikit. Maka, saya berazam untuk sentiasa membawa buku catatan saya ke mana saja saya pergi sepanjang berada di sana.... dan, apabila ada kelapangan nanti, saya akan abadikannya dlm blog sekembalinya saya ke tanah air.

Tiba di Malaysia, saya tak sempat nak update blog sbb kekangan masa... masuk kerja sehari dan terus kena attend kursus Kuantitatif Analisis di INTAN selama 6 minggu... sehingga 30 Disember 2011... terlibat dgn pesentation, exams, discussions.... Kasihan anak2 saya... dahlah tak bersama selama hampir 2 bulan (kerana kami mengerjakan haji), lepas tu bila kami balik pula... tak dpt nak bercuti ke mana2 sbb saya berkursus (masa tu kan cuti sekolah).

Maka, hari ini.... mlm ini... baru lah ada kesempatan.... Saya jemput tuan/puan membaca cerita dan pengalaman saya, bukan utk bermegah2... cuma utk berkongsi pengalaman... Mudah2an, sahabat2 saya ini juga berpeluang untuk menunaikan rukun ke lima ini dan mendapat sedikit gambaran tentang keadaan di sana.

2 Oktober 2011 (Ahad), kami dihantar ke Kompleks TH, Kelana Jaya oleh abg sepupu saya.. Abg Nurul... terima kasih byk2... Mula2 saya kata kat mak... Tak payahlah hantar2, biar kami naik teksi aje.... tapiiii.... hmmmm, tau je la jawapannya kan... mana mungkin. Saya tak nak menyusahkan sesape, tapi dalam masa yang sama kesian kat anak2 saya.... tak sampai hati nak melihat dorang bersedih dgn pemergian kami dan tak sampai hati pulak jika tak membenarkan mereka mengiringi kami...

Sampai di sana, kami diarahkan untuk daftar dan ambil brg2 hadiah. Mcm2 dapat... may be TH dpt byk sponsor dr sykt2 swasta... ada beg sandang, spray (Telekom sponsor), tikar plastik, payung (Kwait Finance), sejadah plastik (Perodua), vit C, proviton, dan mcm2 lagi la.... Lepas solat Maghrib dan Isyak (jamak dan qasar) dan bersalam2 dgn mak, anak2 (syahdu....) dan saudara-mara... terus kami masuk utk dengar taklimat dan check-in. Dalam hati saya, tak putus2 berdoa memohon dipermudahkan urusan mak dan anak2, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dari musibah....

Selepas taklimat diberikan oleh petugas TH, tepat jam 10.15 pm, beransur2 jemaah meninggalkan dewan, menaiki bas yang disediakan untuk ke KLIA. Jumlah jemaah adalah seramai 450 orang. Kami menaiki bas no 10 dan diiringi oleh kenderaan polis & polis trafik bagi memastikan kelancaran lalulintas sepanjang perjalanan ke KLIA. Sejak mula lagi, telah terasa `istimewa' sbg tetamu Allah. Petugas2 TH yang sentiasa senyum, mengucapkan tahniah, bersalam2an, diiringi ke KLIA lagi.... Subhanallah....

Sedang bas bergerak laju, bas membrek dengan kuat sekali, seolah2 hilang kawalan dan melanggar bas depan yang juga membrek.... Nasib baik bas sempat mengelak dan hanya langgar sisi belakang bas depan, walau bagaimanapun... dentumannya tetap kuat. Rupa2nya, bas depan cuba utk mengelak dari melanggar sebuah kereta yang masuk ke laluan kami secara tiba2. Ya Allah, inilah pertama kali saya terlibat dalam kemalangan..... dan alhamdulillah, tidak serius.... tetapi hati tetap bergemuruh dan tangan saya terasa menggigil2....

Beginilah keadaan bas tersebut
Bas terus ke tepi... ke bahu jalan dan kami diarahkan turun.... Keadaan jemaah di periksa bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.... Ada 2-3 jemaah yang tidak begitu bernasib baik, terseliuh tangan, tapi saya tak perasan yang mana... sbb keadaan gelap, dan saya juga tgh cemas... Keadaan bas, saya kira masih boleh berjalan... tapi, pemandunya tak kuat semangat utk terus mengendalikan bas tersebut.... trauma.

Tak lama kemudian, bas ganti sampai dan kami menaiki bas tersebut.... meneruskan perjalanan. Sampai di sana, saya nampak jemaah yang cedera tersebut, sedang diberi rawatan....

Kami menaiki penerbangan SV 5701... memulakan perjalanan dlm kol 1 pg (lebih)... dan tiba di lapangan terbang Prince Mohammed, Madinah tepat pukul 9.25 pagi (waktu Malaysia) atau 4.25 pagi waktu tempatan. Subuh belum masuk dan jemaah berpusu2 untuk ke tandas. Fuhhh.... sungguh pack!

Urusan di imegresen (pengesahan passport, pemeriksaan kad kesihatan dan pengambilan bagasi) mengambil masa lbh krg 2 jam. Bila dah jumpa beg, kena ambil beg sendiri utk di bawa ke mesin pengimbas. Bila dah lepas mesin pengimbas... beg2 tersebut akan diambil alih dan uruskan oleh petugas TH dan kami hanya berlenggang sahaja (bawa yg hand carry je). Tak perlu bersusah payah dan beg akan terus dihantar ke depan pintu bilik hotel... eh, acah je... ke level penginapan kita di hotel....

Perjalanan dari airport ke hotel penginapan mengambil masa dlm 1/2 jam sahaja. Persekitaran Madinah masih lapang (kami kan penerbangan awal - KT 9).... org belum ramai lagi.

Taklimat dlm bas
Kami ditempatkan di Hotel Al Haram
jaraknya 50m aja dr Masjid Nabawi.... alhamdulillah...
Nampak tak dataran masjid tuuuuuu....
Alhamdulillah.... semua kemudahan TH ada di sini... kaunter pengeluaran wang (penting tu...), klinik, kaunseor, pembimbing haji, Pos Malaysia..... mudahlah nak berurusan. Bilik saya no 1112, abg - 1108... tak de la sebelah2... Satu bilik - 5 orang. Masa saya masuk bilik, dah sedia ada 3 jemaah... tapi, orgnya tak ada dlm bilik. Saya terus bersihkan diri tanpa kelengkapan yang lengkap.... sbb beg besar belum sampai lagi. Nasib baik dlm beg jinjing saya dah siap bawa sepersalinan spare dan towel kecik.... Nak kena cepat, sbb ada taklimat kol 10 am...


Inilah keadaan biliknya
Hmm... okeylah, to be continue... mata dah ngantuk.... nnt2 saya sambung.

2 comments:

  1. seronok baca.. doakan saya dimurahkan rezeki dpt ke sana jugak ye kak.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Sama hotel la kita ya, tp Kak Ana duk bilik 702, tingkat 7. Terima kasih. Dgn membaca blog dpt mngingatkan kembali perjalanan haji yg lps. Terlalu merindui Masjid Nabawi & Masjidil Haram & Kaabah......

    ReplyDelete