Sunday, January 15, 2012

Kenangan Terindah (3): Masjid Nabawi

Sambungan dari Kenangan Terindah (2)

Masjid Nabawi

Pssttt... saya tak bawa kamera, semua gambar2 diambil melalui HP BB dan jugak ipod. Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan... cuma gambar2 dr ipod je agak kurang cantik...

Menziarahi Madinah dan juga melawat makam Rasul tidak termasuk dalam hukum wajib/sunat ibadah haji, tapi ia amat2lah dituntut.... sehingga Rasulullah saw bersabda... `Barangsiapa mengerjakan haji di Baitullah (Makkah) tidak datang menziarahi, sesungguhnya dia telah melupakanku'.

Masjid ini terletak di tengah2 kota Madinah. Bersolat di Masjid Nabawi pula amat byk kelebihannya... pahalanya adalah seumpama 1000 sembahyang di masjid2 lain selain Masjidil Haram (Makkah)... MasyaAllah... senang2 kita dapat mengejar pahala yang 1000 X ganda tu... insyaAllah. Besar sungguh ganjarannya... Jemaah haji pula seelok2nya berusaha utk solat berjemaah 40 waktu.

Kebiasaannya, TH dah sedia mengatur waktu dan hari utk tinggal Madinah cukup2 40 waktu.... atau mungkin lebih sikit 41 atau 42 waktu. Sekurang2nya, kita akan tinggal di Madinah 8 hari, dan satu hari ada 5 waktu... maka 8 hari, jumlahnya 40 waktu. Ini bermakna, tiap2 waktu bersolat di masjid istimewa ini. Fadilatnya, akan terlepas daripada seksa neraka, terlepas dari azab dan bebas dari sifat munafik... insyaAllah. Hmmm... bagi perempuan yang uzur atau jemaah sakit, tentunya tak dapat nak dpt nak solat 40 waktu dgn imamkan... InsyaAllah... Allah maha pemurah, lagi Maha Mengetahui... jangan dirisaukan sgt...

Hari ini, TH anjurkan ziarah sekitar Masjid Nabawi.... semua 450 jemaah dijemput utk menyertainya. Haaa... jgn ingat yg ikut pakej swasta je yg ada ziarah taw... TH juga ada... cuma, ramai sgt... dan ramai yg tercicir2, esp warga2 tua... Lepas tu, bila diberi penerangan... tak dengar sgt sbb terlalu ramai.... Tapi, tak ikut TH pun tak pe.... Saya percaya, ramai jemaah yg sudah dtg sbl ni mengerjakan umrah.... jadi, tak perlu ikut... Boleh pergi buat ziarah sendiri, ditambah dgn bahan2 bacaan dan rujukan melalui internet. Tapi, saya ikut juga..... hehehe

Sebahagian jemaah sedia utk m'dgr taklimat

Jemaah ditunjukkan dgn kubah hijau, yg mana dibawahnya terletak makam Rasul, Abu Bakar dan Umar.... dipimpin utk bacaan doa dan diterangkan adab2 menziarahi makam tersebut. Untuk ke maqam/Raudhah, jemaah perlu pergi sendiri...

Kemudian, jemaah ditunjukkan perkuburan Baqi'.... kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yg meninggal dunia di Madinah. Di sini juga disemadikan isteri2 Rasulullah (Aisyah, Hafsah dan Zainab), cucu2 Baginda dan para sahabat Baginda. Jemaah juga dipimpin bacaan doa oleh TH... Hanya kaum Adam shj boleh melawati kws perkuburan ini.... Abang masuk ke sini, manakala saya pula masuk dlm masjid dan pergi ke Raudhah.


Ustaz masa saya kursus haji dulu ada menyebut.... Tuan/Puan tak nak kah menanam cita2, dan berdoa utk meninggal dunia di Madinah dan ditanam di perkuburan Baqi' ini? Sbb di sini, bersebelahan dengan Masjid Nabawi, azan berkumandang dan akan sentiasa ada org melawat dan bersedekah (ayat2 Quran/Fatihah)... Sambungnya lagi, kalau di Malaysia, hanya waktu2 tertentu aje org melawat iaitu masa sambutan raya (raya haji belum tentu)...

Sabda Rasulullah saw,`Sesiapa mampu utk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepadanya'


siap sedia utk diisi
Ini mimbar Rasulullah
Mimbar ini teretak di tempat asalnya iaitu tempat mimbar Rasulullah
Kws Raudhah sebelah lelaki
Pintu makam...
Nampak tak ada ditulis ~Rasulullah~
Kubah bergerak...
Saya ambil gambar ni waktu Dhuha...
Mungkin sengaja dibukakan pada waktu2 ini..

To be continued...

1 comment:

  1. Nice blog sis. padat dgn info. bertuahnya menjadi tetamu Allah. anytime saya nak rujuk sini. harap2 adalah rezeki ke sana,insyaAllah

    ReplyDelete