Friday, January 27, 2012

Kenangan Terindah (4): Ziarah Luar

Sambungan dari Kenangan Terindah (3)

Pada hari ini bersamaan 5 Okt 2011, kami dibawa menziarahi kawasan-kawasan bersejarah di sekitar Madinah. Tempat yang dituju adalah sama seperti yang dilawati semasa dtg mengerjakan umrah. TH bawa secara percuma, tiada kos dikenakan....

Secara keseluruhannya, saya amat2 berpuas hati dengan pengendalian jemaah haji oleh TH. Sangat2 berpuas hati..... dengan kos yang jauh lebih murah, kami menikmati kemudahan yang lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan oleh pakej swasta, malahan ada yg lebih baik lagi. Petugas2 TH juga baik2 belaka dan sentiasa menghulurkan bantuan jika diperlukan.... syukur alhamdulillah.... Nanti2 saya akan ceritakan lebih lanjut.... kalau tak, tersasar pula dari tajuk entry kali ni...

Tepat pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas2 yang disediakan.... ber`bas-bas' dan kena ingat no bas yang dinaiki. Setiap satu bas, diketuai oleh seorang ustaz yang dilantik oleh TH dan biasanya pelajar2 di universiti2 di Madinah. Kali ni, ustaz tersebut adalah org M'sia... kalau masa saya pergi umrah sbl2 ni, pembimbingnya org Indon.... mungkin sbb masa tu kekurangan pelajar Msia....

Tapi kini, ramai dah student M'sia di sini.... masa2 mcm ni la, mereka boleh cari duit lebih. Ustaz bas kami ni siap promote lagi uni kat sini.... dan saya sememangnya memasang angan2 agar adalah salah seorang (atau kalau boleh semua) anak2 kami yg dpt menuntut di sini.... Angan2 aje dulu, manalah tahu dimakbulkan Allah....

Tempat pertama yang kami tuju adalah Jabal Uhud... Jabal maknanya bukit. Tempat inilah berlakunya peperangan sengit antara tentera Islam dan tentera Musyrikin dari Mekah. 70 orang sahabat gugur syahid dan disemadikan di sini. Untuk cerita lanjut mengenai peperangan Uhud, saya sertakan salah satu link yang boleh dirujuk : Perang Uhud

Brg di sini murah2....
Tasbih, minyak wangi, akar Fatimah, kurma...

Ini Bukit Memanah

Inilah Bukit Uhud

Gambar kenangan bersama 2 org roomates saya
Zatul dan Kak Nita... Kedua2nya org2 yg hebat, masyaAllah...

Kemudian, kami dibawa ke Masjid Qiblatain, masjid 2 kiblat. Dimasjid inilah Allah menurunkan ayat yang memerintahkan Rasulullah mengadap ke Masjidil Haram di Mekah. Disebabkan kesuntukan masa (lama kat Jabal Uhud tadi), kami hanya lalu aje dan memerhatikan dari dlm bas. Cerita lanjut mengenai masjid ini boleh dirujuk di sini: Masjid Qiblatain

Gambar ihsan en. gugel

Dari Masjid Qiblatain, kami ke masjid Quba'.... masjid yang didirikan oleh Rasulullah sebaik tiba di Madinah. Selepas selesai membina masjid ini, Rasulullah tinggal bbrp hari dan kemudian bergerak memasuki bandar Madinah dan membina Masjid Nabawi pula. Ustaz kata... ada riwayat yang mengatakan `satu sembahyang di masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah"

Masjid Quba'

Destinasi akhir... ke kebun kurma... Masa umrah dulu, saya di bawa ke pasar kurma.... kali ni ke kebunnya pulak.... Sampai di sana, ramai betul yang bershopping kurma, kismis dan coklat.



Beli... jgn tak beli....
Lepas tu.... balik semula ke hotel dan bersiap sedia untuk solat zuhur.... bersambung.....

No comments:

Post a Comment