Sunday, April 3, 2011

Berihram dan aurat

Psssttt: Gambar ni diambil oleh mak saya semasa beliau mengerjakan umrah bulan Mac 2011 hari tu...


Seperti biasa, kelas haji diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad, selepas Isya' hingga pukul 10.30 mlm, kemudian ada sedikit jamuan disediakan untuk semua para peserta kursus. Tajuk besar malam tadi adalah `Berniat Ihram Umrah'. Apa yang saya blog kan di sini, bukanlah maklumat terperinci... nanti jadi mcm tulis buku pula... cuma yg basic2 shj dan mungkin maklumat tambahan yg boleh dikongsi.

Berihram maksudnya, bila kita telah berniat ihram untuk mengerjakan umrah/haji, maka automatically kita dilarang drp melakukan perkara2 yg dilarang semasa dlm ihram sehingga kita bertahallul.

Ustaz cerita, ada seorang perempuan tu, jumpa dia selepas kursus haji. Perempuan itu dlm kemusykilan, bercerita bahawa semasa dia menunaikan umrah lama dulu iaitu masa anaknya masih kecil (skg anaknya sdg belajar di US), tgh2 mereka mengerjakan saie, anaknya itu mengadu kepenatan dan dia tak sampai hati melihat anaknya dan terus keluar dr saie baik ke hotel. Dia tidak menyelesaikan saie tersebut dan balik ke M'sia tanpa melengkapkan umrahnya. Bila dia ikuti kursus haji, baru dia teringat kisah dulu dan bertanya ttg kedudukannya sekarang.

Ustaz kata, dia masih lg dlm ihram dan dilarang melakukan 13 larangan dlm ihram. Astaghfirullah.... dah berbelas thn (mungkin), dia hidup dlm ihram. Dia dinasihatkan agar melakukan dan ihsar (sembelih kambing) bg melepaskannya dr larangan ihram. Walau mcm manapun, dia masih lg bertanggungjawab melengkapkan umrahnya yg belum selesai.

Mcm mana pula anaknya? Anaknya juga masih dlm ihram dan disuruh juga menyembelih kambing di US sana... dia juga kena completekan umrahnya dgn secepat mungkin. Bila pergi ke Masjidil Haram nanti, terus lakukan tawaf qudum dulu sbg menghormati Ka'abah dan kemudian saie, seterusnya bergunting.

Pakaian ihram bagi lelaki/wanita, yg penting menutup aurat... Bagi lelaki, dari pusat ke lutut (sehelai kain) dan sunat sehelai kain lagi bg menutup seluruh tubuhnya. Bagi perempuan, tutup seluruh tubuh badan selain muka dan dua pergelangan tangan. Menutup aurat maksudnya, menyembunyikan aurat sehingga tidak kelihatan zat aurat (kulit) dan bentuk tubuh (susuk tubuh). Hmmm, kalau pakai pakaian ketat/jarang, sama lah mcm kita mendedahkan aurat kita kpd umum, w/pun pd zahirnya kita menutup aurat tersebut.

Ada jemaah lelaki bertanya, bolehkah memakai selipar semasa dlm ihram? Ustaz kata, perkara ini telah dibincangkan dlm Muzakarah Haji Kebangsaan... dan diputuskan, boleh memakai selipar tetapi mesti nampak 5 jari kaki...

Kursus haji sampai pukul 10 mlm shj, sbb ustaz menjemput Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd allahyarham Ustaz Asri Rabbani) bercerita pasal wasiat/harta usaka/hibah dsb. Perkara2 ini wajar disempurnakan sbl pergi meninggalkan keluarga, dikhuatiri terjadi sesuatu yg tidak diingini di sana... manalah tahu,kan... kot2 kita bersemadi di sana.... maka perlu di buat wasiat agar keluarga yg ditinggalkan terpelihara. Tak pasal2 pula nanti, berlaku perebutan harta peninggalan, dan waris (apalagi jika anak2 masih kecil tak tahu apa2) teraniaya... Ya Allah, mintak dijauhkan.

2 comments:

  1. Untuk pergi menunaikan haji dan umrah hendaklah setelah cukup berilmu. Jika tidak kita akan mudah melakukan kesalahan.

    ReplyDelete