Sunday, April 10, 2011

Falsafah Haji

"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji itu, nescaya mereka akan dtg kepadamu dgn berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yg dtg dari segenap penjuru yang jauh" Surah Al-Hajj: 27


Menunaikan fardhu haji merupakan simbol pengorbanan harta benda, masa, tenaga, wang ringgit dsb. Ibadah lain boleh dilakukan dgn mudahnya, seperti mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat. Namun, ibadah haji merupakan ibadah yang paling mencabar...

Ujian akan bermula dari preparation stage lagi... kalau kita nak melancong ke mana2 (apa lagi ke overseas), pastinya hati teramat2 gembira dan tak sabar2... ttp, nak mengerjakan haji, akan ada mcm2 dugaan dan susah payah sebelum kita sampai ke sana. Haji/Umrah adalah ibadah rasa dan pengalaman.

"Maka apabila mereka tidak berjln di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yg dgn itu mereka dpt memahami atau mempunyai telinga yg dgn itu mereka dpt mendengar? Kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu yg buta, ttp yg buta ialah hati yg di dlm dada" Surah Al-Hajj:46


Orang yg buta mata hati adalah lebih bahaya berbanding org yg buta mata. Org yg buta mata, suka dibantu dan mereka akan berterima kasih slps dibantu. Tapi, org yg buta hati tak suka dibantu malahan akan melenting sekiranya cuba dibantu...

Rumusan Falsafah Haji

Berniat haji/umrah adalah untuk memutihkan hati dari titik hitam dosa. Wukuf untuk muhasabah diri secara visualisasi. Tawaf pula menghalakan kehidupan sentiasa dlm orbit Allah (syariatullah). Saie pula berusaha sehabis baik (sunnatullah) di dunia, jgn putus asa dan bertawakkal. Tahallul menggugurkan segala bisikan syaitan dan nafsu dalam cara kita berfikir. Tertib iaitu melakukan sesuatu berdasarkan keutamaan dan ketelitian.

Ustaz yang berpengalaman ini bercerita, ada mcm2 kejadian yang boleh berlaku sbl berjaya menjadi tetamu Allah. Ada yg dah siap segalanya, tinggal nak naik flight je lagi... tetapi berpatah balik sbb tak sanggup meninggalkan keluarga.... Ada yg dah sampai sana, ttp terlantar sakit dan terpaksa warded, ttp bila dihtr pulang atau waktu haji dah tamat, sihat pula dia.... Ada yg tertunggu2 panggilan dr Tabung Haji yg tak kunjung tiba... ttp, akhirnya dpt panggilan menunaikan haji jua last minute.


Rukun Haji dimulai dengan niat... "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala". Kenapa setiap perbuatan bermula dgn niat, contohnya... sembahyang, puasa... Cuba kalau kita berpuasa tanpa berniat... mesti kita tak tahan lapar dan dahaga.... tapi, kalau kita berniat, insyaAllah kita dpt melengkapkan ibadah puasa kita. Dengan berniat haji, automatically kita dah terikat dgn pantang larang dlm ihram.


Falsafah memakai ihram pula, adalah... persamaan, tiada pilih kasih, taraf yg sama.... ia menjauhkan dari sifat yang bongkak, iri hati, bangga diri mahupun rendah diri... Cuba kita perhatikan, mereka yang berpakaian cantik2, berkot, kasut/beg yg berjenama, pasti wujud perasaan yg lain dlm diri si pemakai... sebab pakaian, dia bongkak, rasa hebat... rosak hatinya... Maka, dgn pakaian yg sama ini... secara tak langsung Allah ubat hati kita... mcm mana sekalipun kita kaya atau hebat, inilah pakaian yg akan kita pakai ketika mati nanti...

Panjang pula cerita saya.... ada byk lagi.... Ilmu saya tak lah sedalam ini. Saya menyalin apa yg dikatakan oleh ustaz dan cuba sampaikan kpd sahabat2 yg sudi baca... Nanti2 saya sambung...

No comments:

Post a Comment