Sunday, May 8, 2011

Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy

Selain drp belajar mengenai ilmu-ilmu haji, ustaz juga menyelitkan tazkirah untuk dihayati bersama. Di akhirat nanti, kita akan dikumpulkan di padang masyar dan matahari berada sejengkal dari atas kepala kita. Sehari di padang masyar bersamaan 50,000 tahun di dunia... bayangkan.....

Rasulullah saw telah bersabda, ada 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya... iaitu;
  1. Pemimpin yang adil iaitu org yang Allah beri kuasa sebagai pemimpin dan ia berlaku adil, tak kiralah sama ada ianya raja, sultan, hakim, ketua bahagian, ketua rumahtangga dll lagi. Ia memerintah tanpa mengikut hawa nafsu, tidak menerima rasuah, tiada salah guna kuasa, bebas dari sifat zalim.....
  2. Pemuda yang taat beribadat, menghormati hukum-hakam Allah, melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segaa laranganNya
  3. Orang yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid... tempat yang mulia di bumi ini. Ini menggambarkan orang yang soleh yang sentiasa melakukan solat berjemaah di masjid...
  4. Orang yang berjumpa dan berpisah semata-mata kerana agama ...., sama2 mengharapkan keredhaan Allah... jika persahabatan kita berdasarkan kpd prinsip ini, insyaAllah akan mendapat kemuliaan di sisi Allah.
  5. Lelaki yang digoda wanita rupawan/bangsawan dan menolaknya dan berkata "AKU TAKUTKAN ALLAH" dan begitu juga sebaliknya
  6. Orang yang bersedekah dengan tangan kanan tetapi tangan kiri tak tahu... maknanya bersedekah dengan ikhlas, bukan sebab nak dpt nama @ menunjuk2. Bayangkan jarak yang dekat antara tangan kanan dan kiri tetapi tgn kiri tak perasan apa yang tgn kanan hulurkan. Ini menggambarkan keikhlasan hati semata-mata mengharapkan keredaan Allah.
  7. Orang yang duduk berseorangan dan bermunajat kpd Allah sambil berlinangan air matanya kerana dosa2nya yang lalu........
Golongan2 ini akan diberi keistimewaan dan mereka akan terhindar dari panas terik matahari di padang masyar kelak.

Semasa wukuf di padang Arafah nanti (kemuncak pelaksanaan ibadat haji), waktu itulah paling mustajab utk berdoa... mohonlah apa saja... insyaAllah akan dimakbulkan olehNya. Itulah satu2nya waktu yang mustajab utk berdoa, maksud saya.... tempat2 yang lain, ada lagi (spt di makam Ibrahim, Raudhah, Hijr Ismail dll) tapi di sini, hanyalah setahun sekali iaitu semasa melaksanakan wukuf di Arafah. Selesai waktu wukuf, maka.. tidak lagi jadi tempat yg mustajab.

Waktu inilah (wukuf), Allah akan turun ke langit yang paling rendah utk mendengar permohonan hambanya yang memohon ampun, maaf, menyesali dosa2 nya... dan tak kurang juga untk mendengar hajat yang dipohon....

Ya Allah.... bilakah saya akan dijemput ke sana.....

No comments:

Post a Comment