Monday, July 16, 2012

Kenangan Terindah (41): Berangkat ke Muzdalifah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (40): Wukuf di Arafah

Kami dijadualkan meninggalkan Arafah selepas solat Asar.... bila2 masa sahaja. Bermakna, selepas Asar kena bersiap sedia untuk bergerak ke Muzdalifah (Mdz). Dalam hati terdetik.... tak merasakah saya berdoa pada waktu afdhal wukuf nanti? Allah... saya mohon, mudah2an saya berkesempatan berada di Arafah pada waktu2 afdhal.

Saya dah bersiap sedia. Barang-barang sudah siap dikemas dan juga kami siap sedia menunggu giliran.  Kami berusaha memastikan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memudahkan urusan. Bas yang bakal dinaiki adalah no. 6. Nombor yang sama ketika menaiki bas ke Arafah dan nombor yang sama juga untuk menaiki bas ke Mina nanti. 

Jemaah yang menaiki bas akan dikumpulkan dulu dalam kawasan berpagar... sekali tengok macam `kandang' pun ada. Heheh... ikut aje... Bila jemaah dalam `kandang tu' dah naik bas, jemaah bas seterusnya pula akan masuk `kandang' tu.

Sumber:  ahmadjmohamad.blogspot.com
Seperti yang dijangkakan, kehadiran bas tidak mengikut jadual. Terdapat kelewatan, tetapi kami sudah sedia maklum dengan situasi sedemikian. Semua kejadian ada hikmah yang mungkin tak terpikir dek akal. Hari dah nak masuk Maghrib, bas no. 3 pun tak kunjung tiba. 

Perlahan-lahan, matahari mula terbenam... menandakan waktu afdhal utk berwukuf telah tiba. Dalam hati saya... rasa syukur yang amat sangat. Saya terasa-rasa bahawa Allah memakbulkan hajat saya untuk MASIH berada di bumi Arafah ketika waktu afdhal. Alhamdulillah.... inilah rahmat dari kelewatan bas tersebut. Di masa-masa inilah, saya ambil kesempatan untuk memohon, mengulangi semula doa-doa yang telah saya bacakan sebelum ini.

Cerita pasal doa sekejap. Semua doa saya telah susunkan ikut kategori. Saya dah catatkan dengan ayat yang tersusun kemas agar saya dan suami dapat baca dengan lancar tanpa tersekat2. Kiriman doa dari rakan-rakan dan saudara mara juga saya ulang banyak-banyak kali. Selagi saya terdaya.... selagi itu lah saya baca..... sehinggalah malam menjelma dan tulisan itu tidak dapat dilihat lagi kerana kegelapan malam.....

Berhelai2 doa yang saya tulis macam ni, ikut kategori
Bas no. 4 tiba selepas azan Maghrib berkumandang. Abang sempat solat tamam Maghrib dan Isyak. Saya.... teragak2. Risau kot2 bas no. 6 tiba waktu saya tengah solat. Tak khusyuk pulak solat nanti. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk setia berada berhampiran `kandang'.

Selesai solat, abg datang menghampiri. Jemaah yang berada dlm kandang ~ masih kurang... tak cukup untuk memenuhkan satu bas. Petugas TH dah memanggil2 jemaah bas no. 4 untuk menaiki bas. Hanya ada bbrp kerat. Akhirnya, kami dipanggil menaiki bas... bagi memenuhi ruang kosong dalam bas. Kalau bas dah penuh, bas boleh segera bergerak ke Mdz.


Alhamdulillah..... saya dapat berada di Arafah pada waktu afdhal dan disuruh menaiki bas yang lebih awal untuk ke Mdz. Ia nikmat yang tidak dapat didustakan.    

Sayunya hati meninggalkan Arafah... Bilakah lagi dapat berwukuf di sini...

No comments:

Post a Comment