Wednesday, July 11, 2012

Kenangan Terindah (40): Wukuf di Arafah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (39): Suasana Pagi di Arafah

Masih lagi di hari Sabtu, 5 Nov 2011 bersamaan 9 Zlhijjah 1432H. Haji itu Arafah....Wukuf di Arafah merupakan Rukun Haji yang kedua (selepas berniat ihram). Jika tidak berwukuf di Arafah dalam waktu wukuf, maka tak sah haji kita.

Waktu berwukuf mulai gelincir matahari (zuhur) 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar (subuh) 10 Zuhijjah. Memandangkan waktu wukuf adalah terhad (berbanding dgn waktu bagi rukun2 yang lain), maka jemaah haji patut memberi perhatian yang berat, iaitu hadir di Arafah dalam waktu2 wukuf. Kalau terlepas, alamat tak `haji' la kita... 

Waktu afdhal untuk berwukuf adalah berada di Arafah sebahagian siang dan sebahagian malam pada hari wukuf. Hmmm... lebih kurang sebelum Maghrib hingga selepas Maghrib lah.... Pada hari ini, jemaah haji tidak disunatkan berpuasa sebagai mencontohi Nabi SAW dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan ibadah pada hari tersebut.

Gambar diambil dari celah2 khemah
Ketika hampir masuk waktu Zuhur, saya meninjau ke luar. Memandang ke arah langit kerana hati dah berbisik.... Allah... Allahuakhbar.... sebentar lagi Allah akan turun ke langit yang paling rendah untuk mendengar rintihan kami, mendengar permohonan taubat dari kami... mendengar rayuan kami... Subhanallah.... langit di Arafah kelihatan sangat indah sekali. Langitnya biru tak berawan.... seolah langit di atas lautan dalam. Suhu pun tak terasa panas. Suasana amat damai dan tenang. 

Suasana dalam khemah juga tenang... masing2 sedang menanti waktu zuhur dengan penuh kesabaran. Penuh debaran. Masing2 khusyuk berdoa, bertalbiah, beristighfar, bertasbih, berzikir, membaca Quran. Suara imam juga kedengaran dari speaker, membimbing jemaah2 melakukan amalan2 sunat.... 

Khutbah Arafah dibacakan imam sebelum Zuhur.... dan diikuti dengan azan zuhur. Maka, waktu wukuf pun bermula. Berjemaah tamam solat Zuhur dan Asar (4+4). Usai solat, bersegeralah keluar dari khemah dan mencari kawasan untuk berdoa. Berdoalah di kawasan terbuka kerana seboleh2nya hendak dekat denganNya. Tak mahu ada atap khemah yg menghalang `contact' yang halus itu.

Kenapa? Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya". Allah SWT berfirman: "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka"

Allahuakhbar... baca... baca dengan teliti dan dengan hati yang terbuka. Baca semula....

Allah..... Allah turun ke langit paling bawah dan akan mengampunkan dosa2 kita... sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan. Ampunkan kami Ya Allah..... Terimalah taubat kami... 

Perbanyakkanlah berdoa, mohonlah apa shj dariNya, mohonlah keampunan dariNya... Doakan juga untuk org2 tersayang, guru, sahabat, Malaysia, muslimin dan muslimat. Masa ini, masa wukuf ini, masa Allah turun ke langit yang paling rendah ini, hanya akan muncul semula tahun depan atau tidak akan datang lagi lepas ini..... belum tentu lagi muncul di tahun seterusnya (jika kiamat?). Lebih digalakkan berdoa dari membaca Quran. Dan... berdoa di luar khemah.

Di luar pagar khemah, kelihatan bukit2 sekitar memutih dengan jemaah haji lelaki yang berwukuf di situ. Saya kira, jemaah haji dari negara lain. Mereka bersusah payah, sanggup mendaki bukit kerana saya rasa, mereka ingin lebih dekat dengan langit. Mereka inginkan kawasan yang lebih luas dan lapang untuk berdoa.

Semakin lama, semakin ramai yg menaiki bukit 
Ya Allah, hidupkanlah kami di dunia sebagai orang beriman yang taat, wafatkanlah kami sebagai orang Islam yang bertaubat, jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dapat memberikan jawapan yang tepat (benar), jadikanlah kami termasuk golongan orang yang menerima kitabnya dengan kanan, jadikanlah kami di hari kegemparan yang dahsyat itu orang-orang yang aman, hiburkanlah kami dengan melihat wajahMu yang mulia, dengan rahmatMu ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Sumber: Google
Mengimbas sejarah... di tengah2 Arafah, wujudnya Jabal Rahmah... tempat pertemuan semula Nabi Adam AS dan Siti Hawa yang terpisah selama 40 tahun. Di Jabal Rahmah jugalah Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah al Wada', amanat terakhirnya kepada umat Islam. Pada ketika ini jugalah, wahyu yang terakhir diturunkan kepada Baginda, surah yang menyatakan kesempurnaan agama Islam iaitu Surah Al-Ma'idah ayat 4 yang bermaksud:

"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah redha bahawa Islam itu sebagai agama (cara hidup) untuk kamu"


2 comments:

  1. Kali ini, penulisan yang sungguh menusuk kalbu. Allahuakbar.... Terima kasih

    ReplyDelete