Assalamualaikum...
Ni sambungan dari kisah Yang Mana Satu
TERUJA (1)
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya mahu turut serta dalam majlis pelancaran/majlis kesyukuran Prof Kamil di Intekma Resort, Shah Alam. Saya ingin bertemu dengan beliau suami isteri dan mendengar tazkirah secara live. Dan... kalau ada rezeki, saya ingin memeluk Kak Roza!
Mereka adalah artis pujaan saya... idola saya, sifu saya. Terus terang saya katakan, yang saya bukannya `baik' sangat. Saya org biasa2 sahaja. Sangat-sangat biasa. Tapi, Allah cairkan hati saya melalui mereka.... melalui tulisan mereka. Melaluinya, saya berusaha utk melakukan perubahan dalam kehidupan, sedikit demi sedikit.
Hajat asal nak join majlis tersebut terpaksa dibatalkan sbb join family day office abg... event yg ditunggu2 oleh anak2 setiap tahun. Saya telahpun menyatakan ketidakhadiran kpd Prof. Kamil menerusi e-mel (sbb sbl ni saya dah mengesahkan kehadiran). Mulanya, hati agak terkilan... suddenly, saya nampak dekat blog Prof yang beliau akan menyampaikan tazkirah di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pada 24 Jun 2012.
Allah.... Pastinya saya (dan abg dan mak) meluangkan masa untuk ke sana. Syukur alhamdulillah. Kalau nak dibandingkan dengan Shah Alam, haruslah di sini lebih dekat. Ianya berhampiran dgn kawasan rumah saya. Dan itulah pertama kali saya solat di masjid itu. Kami sampai awal untuk `book' tempat yang terbaik, saf yang paling depan.
Dan... tazkirah yang disampaikan oleh beliau sungguh tidak mengecewakan... sangat mengesankan... sangat tersentuh hati saya ini mendengarnya. Nyata berbeza ilmu yang disampaikan secara terus. Selama ini, hanya melalui pembacaan sahaja. Khalayak yg hadir, sungguh ramai... padat! Ruang masjid penuh. Muslimat yang `uzur' juga turut serta mendengar di luar masjid.
Bacaan doa dari Prof yang sungguh syahdu |
Asalnya, ia hanyalah tazkirah selepas Maghrib yang akan disampaikan sementara menunggu waktu Isyak (lbh kurang 1/2 jam).... tapi, dah jadi mcm ceramah pulak... berlangsung sehingga 1 1/2 jam. Terasa bergetar di hati mendengar ceramahnya.... Seolah2 menyentap tidur yang lena.... menangisi sikap alpa / lalai yang selama ini membelenggu diri. Sebak!
Apa yang diutarakannya, tentulah dari Rasulullah, kekasih Allah. Perkara yang selalu diulang2 oleh beliau, adalah;
- Solat berjemaah di masjid (khususnya bagi kaum Adam)
- Solat sepertiga malam
- Puasa sunat... seeloknya Puasa Nabi Daud
- Penjagaan aurat khususnya untuk kaum Hawa
- Hadir ke taman2 syurga (majlis2 ilmu)
Subhanallah.... saya berusaha untuk berubah menjadi umat Muhammad yang lebih baik, sedikit demi sedikit. Melaksanakan apa yang disampaikan. Biar perlahan2... asalkan konsisten dan sebati dalam diri.. sehingga, wujud rasa kekurangan sekiranya tidak melaksanakannya. Bukannya kita tak tahu semua tu, cuma kita sering leka, lupa dan lalai dengan dunia. Manusia seing terlupa dan perlu sering diingatkan.
Tak cukup tempoh 1 1/2 jam tu... tapi terpaksa berhenti juga dan solat Isyak. Usai solat dan doa, hadirin beransur pulang. Saya bangun dan berpaling ke belakang. Kelihatan satu wajah yg amat saya kenali.... Kak Roza! MasyaAllah, rupanya beliau berada selang satu saf daripada saya.
Allahuakhbar... kami bersalaman dan berpelukan. Saya tak terkata apa... speechless. Mata pulak bergenang (ntah apa2 ntah, cengeng!). Kak Roza yg bertanya2 saya... saya cuma angguk2 shj. Owh, kelakarnya saya. Peminat setia bertemu artis pujaan lah katakan. Lepas tu, ramai yang menyerbu beliau... Nampaknya, bukan saya sorang aje yg cengeng. Hajat hati utk bergambar dgn beliau, tapi tak apa lah.... sbb beliau dah ditenggelami peminat.
Apa pulak kisah abg? Abg pulak dpt solat sebelah Prof Kamil... Hmmm, padankan lebar aje senyumannya....
TERUJA (2)
Disebabkan family day tu jugak... saya terpaksa menolak jemputan dari Kak Nor dan Abg Lan (rakan haji) yang menjemput kami dan rakan2 haji yg lain untuk makan mee udang kat rumah beliau di Ipoh. Mee udang bukanlah priority, tapi... berjumpa semula, sedikit sebanyak dapat mengisi ruang rindu terhadap tanah suci Mekah dan Madinah. Tapi, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Kami direzekikan juga utk dtg ke rumah mereka dan Kak Nor dah siap sedia dgn mee udangnya. Subhanallah.... Cuma, kami hadir 2 minggu lebih awal. Kebetulan, kami ada urusan di Seberang Jaya, P.Pinang. Kesempatan itu, kami ambil utk singgah melawat mereka...
-Kami- |
Bukan itu sahaja, kami juga ke rumah Makcik Marina dan Pak Mad di Seberang Jaya, yang juga rakan haji kami. Makcik Marina roomate saya dan Pak Mad roomate abg. Allah, beria2 Pak Mad mengajak kami lunch keesokan harinya... tapi kami tolak dgn baik... Tak mahu menyusahkan mereka...
Allah... semoga persahabatan ini berkekalan.... sentiasa hidup segar sebagaimana masa bersama di Mekah/Madinah dulu.
TERUJA (3)
Pada tarikh yang sepatutnya saya attend majlis Prof Kamil dan majlis Kak Nor... saya sekeluarga telah pergi joined family day abg yg diadakan di tempat fav saya... Awana Kijal, Terengganu.
Pantai Awana |
Pantai Kemasik |
Aktiviti family day adalah seperti biasa, sepeti tahun2 sebelumnya. Cuma saya dah kurang berminat nak berlama2 lepak during dinner. Bila dah kenyang, bersosial sikit2 dan terus balik bilik. Abg melayan Erin dan Dania yg berkawan2 lagi dgn kawan2nya.
Alhamdulillah, sungguh cantik sekali aturanNya. Saya menikmati kesemuanya... yang pada asalnya bertindih pada hari yang sama. Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
No comments:
Post a Comment