Wednesday, July 4, 2012

Kenangan Terindah (38): Menuju Arafah


Assalamualaikum....

Sambungan dari Kenangan Terindah (37): Persediaan Berihram Haji

Masih lagi cerita di hari Jumaat, 4 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432H. 
Kami dinasihatkan utk tunggu dibilik shj sehingga nama dipanggil. Saya rasa, giliran untuk turun adalah mengikut KT... Maksud saya, KT yg awal akan turun ke lobi hotel dulu dan juga baik bas dulu. Kami KT 9. Dalam hati berdoa agar sempat utk solat Asar di sini dulu.....Tapi, sebelum Asar, Sahabat TH dah panggil utk turun. Sahabat TH ni adalah volunteer dari kalangan jemaah haji sendiri yang membantu petugas TH dalam menguruskan jemaah haji yg ramai tu.

Okeh! Kami dah siap sedia... jom turun....


Tapi.... kat pintu lif dah stuck dgn org ramai. Saya turun ikut tangga pula. Bila hampir ke tingkat bawah, stuck juga. Tak apa.... memang telah dijangkakan dari awal. Situasi mcm ni sering diceritakan oleh ustaz semasa kursus haji dulu. Giliran utk naik bas belum tiba2 juga.

Akhirnya, waktu Asar dah hampir masuk. Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya nak solat Asar dulu. Maka saya, abg dan bbrp org lagi naik semula ke musolla dan berjemaah Asar dulu. Saf di musolla tu pun, melimpah ruah. Masing2 ambik kesempatan utk selesaikan solat Asar dulu. Setelah selesai, baru kami turun semula.

Saya dan abg naik bas no.6.... Sedang kami menunggu bas, tiba2 jemaah yg naik bas terdahulu.... lalu, melintasi kami. Aikkk??? Kenapa dorang ni patah balik? Rupa2nya, bas yg mereka naiki accident... hanya dlm jarak lbh kurang 100m dari hotel. Allah.... saya tak henti2 berdoa agar urusan kami semua dipermudahkan olehNya.

Perjalanan ke Arafah juga baik. Tak terlalu sesak. Sekali lagi.... mungkin sbb kami kumpulan2 awal. Dalam hati, tak henti2 bersyukur dgn aturan Allah yg sangat2 perfect. Bila direnung kembali, perjalanan group kami (KT 9).....

  • Flight Saudi Airlines yg direct KL - Madinah. Ada yg sampai Jeddah dulu (mostly MAS), dari Jeddah ke Madinah almost 8 hrs journey
  • Kami sampai awal di Madinah, jemaah masih belum ramai... begitu juga di Mekah
  • Bertolak ke Masyaer menaiki bas yg awal2.... perjalanan masih lancar

Akhirnya, tepat pukul 4.39 pm, kami bertolak ke Arafah, menaiki bas yang disediakan TH. Alhamdulillah, jemaah semua teratur menaiki bas, tempat duduk cukup dan selesa.... Ada air-cond lagi. Cuma, basnya sempit2.... kalau beg diletak di laluan tengah bas, alamat payah la org nak lalu. Beg kena letak di tempat penyimpanan (atas kepala) atau dipangku. Kalau dah tak de org nak lalu lalang, baru letak kat bawah. Tempat duduk pun sempit...

Bykkan bertalbiah dan berzikir
Apa2pun, TH sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik. Kagum dengan TH sbb berjaya mengendalikan jemaah Msia dgn sistematik (pada pandangan saya la). Semuanya dah disusun dgn baik.... cuma jemaah haji je yg ada mcm2 ragam. Bukan senang nak mengendalikan puluhan ribu jemaah. Mungkin sbb saya ni adalah jemaah awal2 (KT 9), maka... kebanyakannya kami tak perlu tunggu lama.

Tapi, syukurlah kerana disediakan pengangkutan yang baik utk ke Arafah. Ada yg berjalan kaki... ada yg duduk berhimpit2 di bumbung2 kenderaan..... Jalan raya pun penuh sesak dgn kenderaan yang berduyun2 menghala ke Arafah.



Kami tiba di Arafah pukul 6 pm, Maghrib dah menjelma. Bila masuk waktu Maghrib, tarikh juga berubah ke 9 Zulhijjah.... tapi belum masuk waktu wukuf. Waktu wukuf bermula keesokannya, mulai gelincir matahari @ 9 Zulhijjah ie zuhur hingga sbl terbit fajar 10 Zulhijjah.

Sunset di Arafah
Tiba di Arafah, masing2 mencari khemah yang telah ditetapkan TH. Bila dah jumpa khemah.... wow! luasnya. Masuk dalam khemah dan mencari lagi kawasan yg telah ditentukan. Masa ni, kalau tak silap saya.... satu kawasan tu 12 orang. Pembahagian telah ditentukan lebih awal oleh TH dan dimaklumkan melalui sticker yg telah diberikan dulu. Sempadan kawasan ditandakan di tiang2 khemah.

Keadaan khemah? Seadanya.... dialas carpet (tak ingat pulak... tapi di Mina mmg beralaskan carpet) dan berbumbungkan kain yg bertampal2. Keadaan begini mmg telah dimaklumkan oleh penceramah2 kursus haji. Saya tak ada masalah. Ia merupakan satu pengalaman baru yg mengujakan saya. 

Sedikit demi sedikit, ruang dalam khemah dipenuhi oleh jemaah yg tiba secara beransur2. Dinner juga diagihkan oleh pihak muassasah. Kena berhati2 sbb org2 muassasah ni lelaki dan mereka sgt suka masuk ke dalam khemah wanita dgn alasan utk mengagihkan makanan kpd jemaah. Padahal.... kita sendiri boleh passing2 kan makanan tu. Bila ditegur, mereka bersungut dan  dari gaya bahasanya, seolah2 merajuk dan tak mahu berikan makanan tersebut. Itu yg saya faham la.... Wallahuallam. Bukan apa.... dlm khemah tu, ada yg sedang tidur, berehat dan tidak menutup aurat dgn sempurna.

Dalam khemah @ Arafah
Pada masa2 ini, disunatkan perbanyakkan bertalbiah, berzikir atau membaca Quran. Antara ayat2 yg disarankan adalah Surah al-Kahfi, Surah al-Mu'min/Ghafir, Surah al-Fussilat, Surah as-Syura, Surah az-Zukhruf, Surah ad-Dukhaan, Surah al-Jaathiyah dan Surah al-Ahqaaf. 


Solat dah boleh mula jamak tamam. Solat jamak tamam bererti menunaikan solat yg harus dihimpunkan dlm salah satu waktunya iaitu Zuhur dgn Asar dan Maghrib dgn Isyak tanpa sebarang pengurangan pada rakaat2nya. Ini dibenarkan atas sbb masyaqqah @ kesulitan yg ditempuhi oleh jemaah haji ketika berada di Masyaer. Maklumat lanjut, boleh baca Solat Hormat Waktu di Masyaer
  
Dah mcm kedai jual telekung dah... hehehe
Berdebar2 untuk menghadapi hari yang bersejarah keesokannya....

3 comments:

  1. Alhamdulillah,

    Indahkan saat itu. Rindu untuk mengulanginya.
    Kami KT 6, menginap di penempatan paling jauh untuk laluan ke Masyaer. Lalu kami menunggu giliran terakhir. Maktab kami mendahulukan tingkat paling atas, dan saya ditingkat 1 paling akhirlah. Kami tidur dahulu sementara menunggu giliran. Alhamdulillah, ia memudahkan kami.

    Bas kamilah yang terakhir kerana kami menaiki bas untuk jemaah uzur, bersama doktor dan sahabat TH. Sampai di mina dalam 1/2 jam perjalanan sahaja. Nyaman..... perjalanan yang sungguh indah untuk dikenang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Membaca entry ini mengingatkan kembali semasa utk berangkat ke Arafah.Betapa rindunya saya...... Saya jg KT6 tp duduk di tingkat 6. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar... rupanya telahan saya silap. Saya jangkakan, KT yg awal akan bergerak ke Arafah dulu. Rupa2nya... tak semestinya begitu. Maktab saya (maktab 89) mendahulukan jemaah yang menginap di tingkat bawah, utk menaiki bas ke Arafah (termasuklah saya).

    Syukur alhamdulillah, walaupun menaiki bas yang terakhir.... Allah tetap permudahkan perjalanan tersebut. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

    ReplyDelete