Friday, May 10, 2013

Umrah dan Ziarah (1)

Assalamualaikum...

Lama betul blog ni tak diupdate. Saya sangat merindui kamu wahai blog.

Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah kerana kami berpeluang untuk menjadi tetamuMu lagi Ya Allah. Kali ini lebih istimewa kerana turut disertai dengan puteri2 kami. Sepatutnya, kami pergi pada hujung Januari lepas, bersama-sama mak... tapi, Allah lebih menyayangi mak. 

Di awal Januari, agent dah call mintak full payment. Saya.... terus nak bagi je. Tapi, mak kata.... `nanti dululah... takut apa2 jadi dlm tempoh terdekat ni'. Allahuakhbar.... memang sesuatu telah terjadi. Mak seolah2 dapat merasakan `sesuatu' itu.

Owh, air mata saya dah mula bergenang...

Setelah saya mendapat pelepasan dari penyelia, baru saya berani confirmkan dgn agent tentang departure date yang baru. Saya berhajat utk menaiki MAS sbb direct flight terus ke Madinah. Tetapi... dah penuh. Akhirnya, kami terpaksa memilih pakej yang menggunakan perkhidmatan NAS Air (dgn agen yg sama sbb deposit dah ada dgn mereka).

NAS Air? Saya tak pernah dgr sykt airline ni... Sebenarnya saya agak risau (mcm2 saya fikir - tak baik, kan?). Kata agent, ia milik Saudi Airlines juga. Masalahnya, dia mendarat di Jeddah. Bermakna... kami akan menaiki bas 6-7 jam dari Jeddah ke Madinah dan 7-8 jam lagi dari Madinah ke Mekah. Kalau mendarat di Madinah, sekurang2nya boleh jimatkan sikit masa perjalanan.

Allah.... kenapa penatkan otak utk risau itu ini? Sentiasa bersangka baik dgn aturan Allah. Mohon pada Allah agar dipelihara hati, keselamatan dan kesihatan sepanjang berada di sana. Mohon agar anak2 juga sentiasa selesa dan menghargai setiap detik di sana.

Kami menaiki van KLIA aje. Saya tengok, pemandunya mcm baik (hehe), lalu saya minta jasa baiknya utk singgah di pusara mak sekejap. Alhamdulillah, dia bersetuju. Dari riak mukanya juga, menunjukkan keikhlasan persetujuannya itu. Nanti saya bagi hadiah ye!

Akhirnya, kami berlepas pada 22 Mac 2013, lbh krg pukul 5.30 ptg. Masuk dlm flight aje, hati saya dah terdetik.... mcm MAS punya airbus je. Ada jugak saya ternampak bekas tampalan sticker MAS di troli makanan dan di bbrp tempat lain. Hmmm... may be NAS Air beli MAS punya airbus kot. Saya sangka, flight attendant dia org timur tengah.... tapi... tidak... ada yg mcm Melayu, ada yg mcm Indonesian. Jadinya... seolah2 saya naik MAS juga... cumanya mendarat di Jeddah.

teringat masa nak balik Msia slps selesai haji dulu

Syukurnya, sampai di sini lagi
Kami ditempatkan di Elyas Group Hotel. Alhamdulillah, hotelnya berdekatan dgn Masjid Nabawi... seberang 2 btg jln raya je (betul ke imbuhan bg jln raya ni?). Hotel ni, mcm apartment - sebangunan dgn Rumah Makan Indonesia...

Elyas Group Hotel
Selesai membersihkan diri, kami bersegera ke Masjid Nabawi.... Ya Allah, mata saya mula bergenang bila memasuki dataran Masjid Nabawi... Damainya suasana pagi. Masih terasa dinginnya suasana walaupun musim sejuk beransur pergi. Rasa berdebar2 bila mengenangkan yang saya berpeluang sekali lagi menziarahi Rasulullah.... seolah2 Rasulullah sedang menunggu kedatangan kami (dan jemaah2 lain) di makamnya... Allah, rindunya kami kepada kekasihMu itu Ya Allah.


Memandangkan 2 puteri kami uzur syarie, kami bawa mereka ziarah makam Rasulullah dari luar sahaja...  mengucapkan salam kepada Rasulullah. Agak lama berdiri di situ, memandang kubah hijau.... tak puas2... kerana maklum yang makam Baginda terletak di bawahnya...


Seterusnya, kami tunjukkan kepada anak2, kws sekitar masjid... bercerita apa2 yg patut dan menziarahi perkuburan Baqi'. Bawa juga melawat Al-Haram yang menjadi tempat penginapan kami dulu.

Keesokan harinya, bermula aktiviti ziarah luar. Melawat Masjid Quba', Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, ladang kurma.....

Agen menyediakan bas yang selesa
Total jemaah - 40 orang
Pertamanya, kami di bawa melawat Masjid Quba'. Ya Allah, sesaknya jemaah di Masjid Quba'.... Musim haji pun tak mcm ni.

Ini masih kelihatan lapang
Keadaan sangatlah sesak di bhg solat wanita especially di pintu keluar masuk. Rempuhan terjadi di antara sekumpulan jemaah yang nak masuk dan yang nak keluar... Masing2 tak nak beralah sehingga bertikam lidah.... (mengalahkan suasana Raudhah!) macam besi berani kutub utara bertemu kutub selatan. Melekat rapat. Tak nak beralah, akhirnya berlaku kejadian tolak menolak antara satu sama lain. Astaghfirullah...


Semakin byk bunga di tanam...
Semasa dalam bas, tiba2 teringat yang saya tidak membawa bekalan air untuk menghilangkan dahaga. Kesian anak2 saya kalau dahaga nanti. Kalau jumpa air utk dibeli, alhamdulillah. Masa kat Masjid Quba' tadi terlupa nak beli air sbb terlibat dlm kesesakan jemaah. Bas dah jln, baru teringat. Allah.. semoga anak2 saya dpt bertahan...

Allah Maha Mendengar! Setibanya di Jabal Uhud, sewaktu kami menuju ke makam syuhada Uhud, tiba2 ada org menghulurkan air mineral yang sejuk! Allahuakhbar... alhamdulillah. Ada orang bersedekah air sejuk kpd jemaah2 ni... dan kami dpt 3 botol! Subhanallah.... nikmatnya dapat meneguk air sejuk di kala tekak terasa teramat2 kering!

Di Jabal Uhud, ada masjid yang sedang dibina. Teringat juga kat Prof MKI dan isterinya... kat mana lah, agaknya rumah mereka (hehe)...


Dulu saya berpeluang melihat terus (berpagar shj)
Mcm biasa, di bawa melawat ladang kurma. Kami dah pandai...... hehehe... tak beli pun kurma kat sini sbb kebiasaannya, harganya lebih mahal. 

Kurma yang diikat, sedang di`kahwin'kan 
Mari minum teh. Percuma. Dan sangat manis.
Petang tu, kami pi sendiri pasar kurma yang berhampiran dgn Masjid Nabawi (tak la berhampiran sgt).. jauh jugak la jln kaki sbb kws masjid je dah besar. Tapi, alhamdulillah... anak2 tak mengadu keletihan pun.. mereka ikut aje.

Kebetulan, ada pulak pameran mengenai Masjid Nabawi zaman2 dulu. Saya berminat nak masuk, tp macam tak boleh je.... mungkin nak tutup kot masa tu. Akhirnya, kami bergambar di dinding2 sekitarnya...



Perjalanan ke pasar tamar pun diteruskan...... tak de la rasa jauh sgt sbb kiri kanan ada je penjaja.. Boleh cuci mata.. :)


Nuuuunnn di hujung sana...
Akhirnya, tiba jua.... Ada mcm2 jenis kurma, mcm2 kedai.. Yang pastinya, lebih muraaahhh daripada yg dijual di ladang...



Bersambung...

3 comments:

  1. baca entry akak.. rasa rindu sgt nak ke sana lagi..

    ReplyDelete
  2. Seronooknya... Gambar pun cantik-cantik! Kamera apa akak guna?

    ReplyDelete
  3. shazels.... akak guna nikon D5000

    ReplyDelete