Wednesday, September 11, 2013

Kepada Bakal Tetamu Allah

Assalamualaikum...

Gambar kenangan saya @ 1432H
Seronok sangat mendengar perkhabaran bahawa `mereka yang saya kenali' mendapat jemputan menjadi tetamu Allah. Serta-merta, kenangan terindah yang saya lalui bersama suami pada tahun 1432H/2011 berpusing ligat dalam kepala. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tidak dinafikan, itulah kenangan yang paling manis dalam hidup saya, yang mungkin tak dapat dinikmati oleh orang lain. 

Kenapa mungkin tak dapat dinikmati oleh orang lain? Mereka yang berduit, sihat tubuh badan, menteri, orang atas/bawah/kecil/besar/tua/muda atau sesiapa sahaja... tak semestinya berpeluang menunaikan haji tanpa jemputan dariNya. Ada kes, dah sampai Jeddah (ke Madinah? tak ingat..) pun tak dapat melaksanakan ibadat haji kerana terlepas waktu wukuf (diceritakan oleh ustaz kelas haji saya) dan ada pula yang jatuh sakit tak sedarkan diri. Allahuakhbar... Wukuf... kemuncak ibadah haji. Jika terlepas waktu wukuf, maka tak `haji' lah kita. Bila dapat surat tawaran dari TH, tidak bermakna kita dapat melaksanakan ibadat haji pada tahun itu.

Dah daftar haji? 

Kalau sudah... alhamdulillah. Kalau belum, daftar sekarang! Walaupun hati belum terbuka untuk ke sana, daftar aje. Tak rugi apapun. At least mesti ada RM1,300.00 dalam akaun (kalau tak silap) . Itu duit simpanan kita jugak.... tak lari mana. Dividen pun tinggi, siap tolak zakat lagi. Kami daftarkan anak2 kami pada awal tahun 2012 (tak lama lepas balik) dan giliran mereka adalah pada tahun 2047... Hmm, kalau daftar sekarang... entah bila pula. Yang penting, daftar dulu. Senang aje, tak perlu pergi pejabat TH... daftar secara online.



Tak sampai seru? 

Ye ke? Dari sekolah rendah lagi ustaz/ustazah dah ajar pasal Rukun Islam... or even dari kecik2 lagi kita dah tengok saudara-mara kita bersiap sedia untuk menunaikan Rukun ke 5 ni... maknanya dah tahu... Dah sampai dah seru tu.... 

Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyeru manusia kepadaNya (menziarahi Kaabah), Nabi Ibrahim berkata.. "Ya Allah, bagaimana suaraku dapat sampai kepada pendengaran semua manusia?" Allah menegaskan, "Tugasmu hanyalah menyeru sahaja, tetapi Akulah yang menyampaikannya kepada manusia". 

Allahurabbi... sesungguhnya ianya adalah benar... lihatlah dengan mata hati... sehingga kini, masih berpusu-pusu manusia menunaikan haji dan umrah... Seru itu wujud dari zaman Nabi Ibrahim lagi... Allah... Allah.. Tidak ada sebab untuk kita menyatakan `belum sampai seru'!



Tak mampu?

Ye ke? Kita mampu beli rumah, kereta, gadjet mahal2, makan di restoran mahal, holiday sana sini... tapi tak mampu nak kumpul duit untuk laksanakan haji. Mungkin ada yang berkata... `tu semua beli secara ansuran.. or beli guna kad kredit'. Ok...kalu begitu, simpanlah secara ansuran.. Tolak gaji tiap2 bulan masuk dalam akaun TH. Tak kisahlah RM50 sebulan ke.... Nanti, lagi 30 tahun, duit tersebut dah lebih dari cukup. Kalau dapat bonus, gandakan lagi. Gaji pun dah naik. Yang kerja gomen pun dah dua kali naik gaji tahun ni.  Yang penting, daftar dulu. Bila dah daftar dan timbul keinginan nak pergi segera, cubalah usaha untuk pergi melalui pakej swasta... Jika ada rezeki, dapat pergi awal dari tahun giliran yang ditetapkan oleh TH.



Muda lagi?

Hehe... baguslah. Masih kuat dan bertenaga, insyaaAllah. Ibadah haji bukannya dilaksanakan melalui `mulut' tapi ia menggunakan tenaga... ia adalah `pekerjaan'... Ia tak memerlukan kita menghafal ayat/doa tertentu , tak pandai baca Quran pun, boleh buat... tetapi ia memerlukan energy... Berwukuf, mabit di Mina dan Muzdalifah, melontar jamrah, tawaf, saie.... semuanya perlukan tenaga. Of course, jika kurang bertenaga tetapi berduit, kita boleh upah orang untuk lontar jamrah, berkerusi roda untuk tawaf dan saie... but still, masa wukuf dan mabit kita perlu bertahan dengan persekitaran di sana. Saya pernah melihat sendiri, seorang tua merangkak untuk memanjat tangga menuju ke tandas semasa berada di Mina... bayangkanlah jika kita berada dalam keadaan uzurnya. 

Tangga yang dimaksudkan
Selain tenaga, ilmu berkaitan haji perlu ada... belajar dan faham betul2 berkenaan rukun dan wajib haji, pantang larang dalam ihram dsb... Kalau kita tengok senarai pantang larang dalam ihram tu, macam simple je.... tapi, bila berada dalam ihram... pelbagai perasaan was-was akan mengganggu... Jika dah belajar, dah faham... insyaaAllah... semuanya akan berjalan lancar.

Kesihatan tak mengizinkan?

Mungkin ia sementara... Allah jua yang berkuasa untuk menyembuhkan. InsyaaAllah... Allah tahu usaha yang telah dilakukan... Allah tahu isi hatimu wahai sahabat... Jika disebabkan faktor umur, setahu saya, TH akan memberikan keutamaan kepada warga tua yang belum pernah mengerjakan haji. Seeloknya, ada pengiring dari kalangan sanak-saudara yang sejantina agar nanti tidak menyusahkan orang lain.





Persediaan?

Dah dapat surat tawaran daripada TH? Syukur, alhamdulillah... Pintu pertama telah terbuka luas.... Rasa dah ternampak-nampak Kaabah dah. Saya dulu, terima surat tawaran setelah membuat rayuan 4-5 tahun. Tu sebab saya SANGAT-SANGAT-SANGAT TERSENTUH setiap kali dengar/baca/lihat anything related to Hajj.... bisa membuat mata bergenang. Haji itu satu jihad/pengorbanan. Bakal2 haji perlu bersiap-sedia dari segi rohani, jasmani, ilmu, masa, duit dan penyesuaian diri semasa di sana nanti. (Haji Itu Jihad)

Jemaah yang mengikuti penerbangan awal akan ke Madinah terlebih dahulu. Masih banyak ruang kosong di Masjid Nabawi. Akan menikmati kedamaian dan ketenangan bumi Madinah visually (dalam hati - bergantunglah kepada individu itu sendiri). Jemaah asing tak ramai lagi. Raudhah juga tidak terlalu sesak. Tapi, jemaah ini akan bersegera meninggalkan Mina dan membuat Nafar Awal (biasanya KT1 - KT5... lebih kurang).  Bertawaf dalam keadaan kepadatan jemaah yang tinggi, di waktu kemuncak. Dannn... yang paling merisaukan bagi jemaah wanita... adalah sekiranya masih dalam keadaan uzur syarie tapi belum dapat melaksanakan tawaf sedangkan penerbangan balik sangat hampir. Sememangnya jemaah boleh memohon kepada TH untuk menangguhkan perjalanan balik tetapi ia akan melibatkan banyak rantaian perkara yang perlu diambil kira.

Masjid Nabawi yang mendamaikan...
Bagi yang mengikuti penerbangan akhir, mereka akan ke Mekah dahulu dan kebiasaannya akan melaksanakan Haji Ifrad.... bermakna akan lebih lama berada dalam ihram. Jemaah juga akan selesa di Madinah kerana tidak lagi bersesak2.

Allah... banyak pula yang nak saya sampaikan. Kenangan semasa mengerjakan haji dulu, masih segar dalam ingatan. Sejujurnya, ibadah haji dapat mendidik jiwa dalam mensyukuri nikmat Allah, berusaha mendekatkan diri denganNya dan mengaitkan seluruh yang terjadi dengan kebesaranNya. Secara tak langsung,  jika dilihat dengan mata hati, ia banyak mengajar saya ilmu kehidupan yang tak dapat diperolehi di mana-mana universiti sekalipun. Kadang2, saya dapat melihat sesuatu dari perpektif berbeza...

Syukur alhamdulillah... saya berpeluang untuk melawati beberapa buah tempat. Tetapi jika ditanya, mahukah saya melawat tempat itu lagi? Jawapan saya... kalau boleh, biarlah saya kumpul duit untuk melawat tempat yang lain pula. Berlainan dengan yang satu ini.... saya sentiasa ingin mengulanginya... saya sentiasa merinduinya... Malahan saya juga bercita-cita untuk disemadikan di sini...

Sesungguhnya, saya bukanlah golongan bijak pandai agama... Saya orang biasa yang telah direzekikan Allah untuk melaksanakan ibadah haji pada usia 37 tahun. Saya berharap agar lebih ramai yang berkemampuan untuk menunaikan haji di usia muda. Bertindak segera sebelum terlambat... Semoga sahabat2 yang saya kasihi dapat mengecapi kenikmatan ibadah haji, selagi hayat masih ada..

Selamat berangkat... Semoga mendapat haji mabrur...

No comments:

Post a Comment