Saturday, July 27, 2013

Rezeki

Assalamualaikum...

Allah Maha Mendengar....

Baru je saya post entry pada 24/7/2013 yang saya katakan... saya teringin nak ajak mengulang tadarus lagi... tapi saya segan. Saya agak... dah nak masuk peringkat 10 Ramadhan terakhir ni, mesti masing2 sibuk nak pulun tahajud. Jadi, hajat saya tu... saya pendamkan aje dalam hati.

So, semalam... seperti biasa saya ikut abang solat Subuh berjemaah kat masjid. Saya katakan pada abang... saya balik sendiri... walaupun tadarus dah habis, saya nak stay kat masjid dulu. Abang tanya.... nak buat apa? Saya jawab... entahlah... iktiqaf.... ngaji... rasa rindu nak tadarus lagi (walaupun semalamnya baru khatam).

So... selesai solat Subuh, seperti biasa... bersalam-salaman dan mengaji beramai2 mengikut imam (hampir setiap selepas solat fardhu, jemaah akan mengaji beramai2 mengikut imam). Lepas tu... saya toleh kiri kanan... berharap, agar... adalah sesiapa yang boleh diajak mengaji.

Tiba2 auntie Sadariah cakap... "jom kita ngaji lagi nak... kita baca sama2 kita..." Apa lagi, terus saya bersetuju... Turut serta, auntie Dang Anum. Subhanallah... Allah Maha Mendengar.

Rezeki untuk bertadarus lagi.


Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al Quran dan jadikan ia bagi kami sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah daripada Al Quran apa yang kami telah lupa dan ajarkan kami daripadanya apa yang kami tidak ketahui, dan anugerahkanlah kepada kami bacaannya sepanjang malam dan siang. Dan jadikanlah Al Quran sebagai pembela kami. Wahai Tuhan sekalian alam.

No comments:

Post a Comment