Friday, July 19, 2013

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi... tapi kali ini tanpa mak di sisi. Siapa sangka Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan yang terakhir buat mak. Dan... kita juga tak tahu sama ada kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang atau tidak. Semuanya rahsia Allah SWT.

Allahuakhbar.... terima kasih kepada kawan2 mak yang masih menyebut2 tentang kebaikan arwah mak. Terima kasih! Selain itu, dua sahabat mak (Dr. Aida dan Kak Rozi) telah bercerita kepada saya pada ketika yang berlainan... Mereka kata, mereka nampak kelibat mak dicelah2 keramaian jemaah yang memenuhi ruang solat Masjid Bukit Antarabangsa (MBA). Pandang kali kedua, dah tak kelihatan lagi.

Ya Allah, saya nak juga. Saya nak jumpa mak, walaupun kelibat, walaupun dalam mimpi.... dalam keadaan mak masih `hidup' sbb saya tak dapat jumpa mak masa mak menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Benarkah roh kembali ke rumah semasa Ramadhan? Bila saya google, saya terjumpa catatan ceramah berikut: 

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Wallahualam.

Saya google lagi. Terjumpa You Tube ceramah UAI yang menjelaskan persoalan roh yang balik ke rumah.


Menurut UAI, ada hadis dhoif menyatakan arwah balik melawat anak cucunya. Hadis dhoif boleh diceritakan tapi tak boleh dijadikan hujah. Hadith dhoif tidak ditolak oleh jumhur ulamak. Hadith yang ditolak adalah hadith maudhu' (rekaan). 

Buat masa ini, hampir setiap hari saya sekeluarga berbuka puasa di MBA (kecuali ada sehari berbuka puasa di luar bersama Mak Teh). Sama mcm tahun lepas.... tiap2 hari berbuka puasa di MBA dengan mak. Seronok berbuka ramai2... Bila azan berkumandang, kami berbuka dengan juadah `pot luck', kuih muih, bubur yang disediakan. Kemudian solat Maghrib berjemaah. Lepas tu baru makan nasi. Seterusnya solat Isya' dan terawih berjemaah. Selesa.... tak perlu terkejar2.....

Seperti biasa, MBA menyediakan khemah untuk kemudahan majlis berbuka puasa. Tahun ini, khemah boleh memuatkan 350 jemaah untuk jamuan berbuka puasa. Tapi.... hidangan berbuka tak la setiap hari diprepare utk jumlah tersebut, bergantung kpd keadaan juga.


Kanak2 memang digalakkan datang ke masjid bagi mendekatkan mereka dgn masjid. So, MBA menyediakan bilik aktiviti kanak-kanak. Seronok la mereka... ada mcm2 aktiviti... boleh mewarna, membaca dan bermain. Penjaga juga disediakan. Tapi, bagi yang berumur 4 thn ke bawah, penjaga perlu ada bersama.



Hari ini, hampir 2 jam saya di pusara mak. Menambah tanaman bunga2 kecil di pusara mak dan mengelap jubin2nya. Berkebun saya hari ni. Sebelum ni, ada 2 pokok. Tadi saya beli lagi 3 pokok. Tengok2... hanya boleh memuatkan 2 pokok sahaja. Hmmm... nak buat apa lagi sepokok ni? Saya ingat nak tanam kat kubur mana2 aja tapi bimbang pula dikatakan menceroboh.

Tiba2 ada suara menyapa dan memberi salam kepada saya. Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Beliau melawat pusara ayahnya. Beliau tegur... kubur mak kelihatan cantik... kubur ayahnya pula tiada bunga-bungaan... Haa.. makanya, pokok yang lebih tadi, saya hadiahkan saja kepadanya.....

Begitulah... Allah Maha Mendengar...

Gambar Sebelum

Gambar Selepas.... petals dah mulai layu
Memang saya suka tabur kelopak mawar atas pusara mak. Nampak fresh dan cantik. Bila dah mulai kering, saya tukar yang baru... begitulah seterusnya. Saya berharap, bunga2 ni semua (yang ditanam dan ditabur) berzikir utk arwah mak. Begitu juga batu2 sungai yg saya letak di atasnya.

Saya buat juga `kepuk' untuk pusara mak. Kalau tak buat, lama kelamaan tanah kubur mak akan terhakis dek banjir. Sedih melihatnya....

Pusara mak sebelum ni.... kelopak mawar mesti ada...
Lihatlah kubur2 lain tu, ditenggelami banjir.... 


Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (Al-An'aam 6:2)

No comments:

Post a Comment