Friday, February 3, 2012

Kenangan Terindah (6): Hari Yang Mencemaskan

Sambungan dari Kenangan Terindah (5): Hari-hari Berikutnya

Sabtu 8 Oktober 2011... Kami memulakan hari seperti biasa.... Kak Nita yg bangun plg awal, seawal 2 pagi.... selepas Kak Nita selesai, dituruti oleh Zatul dan saya kebiasaannya, ambil tempat ketiga menggunakan bilik air.

SubhanAllah.... di sini, kuatnya semangat jemaah utk bangun pagi-pagi, membersihkan diri dan beriktiqaf di masjid. Saya rasa seperti menziarahi Rasulullah saw (w/pun tidak ke makam Baginda) jika setiap kali menghadirkan diri ke masjid Nabawi. Memang ramai yang berlumba-lumba menghadirkan diri ke masjid. Mcm inikah di Malaysia nanti... mampukah....

Waktu Zuhur, masa solat sunat Zuhur, terdengar suara perempuan yang menangis meratap2.... sangat sedih bunyinya. Mulanya, suara tersebut antara dengar dan dengar sahaja... tapi lama kelamaan makin kuat. Ratapannya dalam Bahasa Arab... saya tak paham.

Tak lama kemudian, dengar mcm riuh rendah, dengar tunggang langgang (tak pasti apa yg tunggang langgang.... tong2 zam-zamkah?)... suasana menjadi huru-hara, riuh-rendah. Ada org mengamukkah? Saya yang berada di saf hadapan tidak dapat mengenal pasti apa yang sedang berlaku.

Jemaah, mula bangun hendak bertempiaran tapi tak tahu mana nak dituju. Kedengaran suara pengawas2 masjid mengarahkan semua jemaah utk duduk... Jemaah mulai duduk semula dan tak lama kemudian berdiri kembali. Hati masing2 cemas.... dan saya tidak terkecuali. Ya Allah, apakah yang sedang berlaku?

Kekecohan terhenti bila qamat dilaungkan.... senyap dan terus senyap. Solat zuhur diteruskan seperti biasa.... dan hati masih tertanya2.

Selesai solat, balik ke hotel dan mcm2 versi cerita saya dengar. Antara cerita yg saya dengar adalah mengenai seorang wanita Turki/Arab yang mulanya nak menyelit2 masuk dlm saf, tapi semua tempat dah penuh dan dia tak dpt mencari ruang utk bersolat (seperti yang saya pernah ceritakan.... kalau lambat dtg masjid, dikhuatiri ruang solat penuh dan terpaksa solat di dataran luar). Akhirnya, wanita itu sedih dan mula menangis dan seterusnya mengamuk... menunggang-langgangkan tong2 zam-zam.... wallahualam...

Balik dari solat Asar, saya lihat orang ramai berhimpun di luar hotel penginapan saya. Polis pun ada. Mulanya saya jangkakan polis nak tangkap illegal traders. Rupa2nya bukan.... ada mayat terkujur di bahu jalan, di bwh hotel. Berderau darah saya.... Ya Allah, isteri siapakah? Ibu siapakah? Anak siapakah ini...... Innalillah...

Sumber: Google

Mayat dah diselubung dan saya tidak pasti jantinanya. Yang pasti, ia rakyat M'sia sbb M'sian aje yg menginap di sini. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah jemaah dari KT 9, maknanya.... satu group dengan saya.

Badan saya rasa menggigil dan bergetar.... perasaan sedih dan cemas bercampur baur. 2 kejadian besar telah saya alami pada hari yg sama... pada waktu zuhur.... kemudiannya Asar. Akhirnya, saya mendapat maklumat bahawa jenazah tersebut adalah perempuan dan jatuh dari tingkat 9. Takziah kepada keluarga Allahyarhamah....

Juga..... mcm2 versi cerita yang saya dengar.... wallahualam. Al Fatihah.

1 comment:

  1. Alfatihah...saya juga berada di situ selepas kembali dr solat asar.....mmg macam2 versi cerita yg didengar...

    ReplyDelete