Saturday, February 4, 2012

Kenangan Terindah (8): Sofaikat Bani Saedah

Sambungan dari Kenangan Terindah (7): Pemerhatian Saya

Pada hari ini, 10 Okt 2011.... solat Subuh amat syahdu sekali. Pada rakaat kedua, berkali2 imam cuba meneruskan bacaan surah yang terhenti2 akibat menahan kesedihan, menangis teresak-esak. Hati saya juga turut tersentuh, sungguh terasa menjiwai kesedihannya.... walaupun saya tak paham maksudnya. Alangkah bagusnya jika saya memahami apa yang dibacanya.... Sungguh bertuah Arabians ni, dpt memahami ayat2 Al Quran.

Maklumat keberangkatan ke Mekah telah dikeluarkan oleh TH.... tapi belum sampai kpd kami. Kami akan bertolak ke Mekah esoknya, hari Selasa 11 Okt 2011. Dalam hati saya berdoa agar masih dikekalkan bersama ahli2 bilik di Madinah ni... bersama2 dgn Zatul yang baik budi, Kak Nita yang ke`kakak'an, aunty Sherry yang kelakar dan Kak Jem yang tersendiri. Kami sudah serasi bersama.... mereka semua baik2.... alhamdulillah.

Hari ni saya berasa lebih sihat, alhamdulillah. Slps breakfast, saya dan suami bercadang utk ke Sofaikat Bani Saedah.... sebuah taman di pinggir Masjid Nabawi. Kalau dari hotel kami dan menghadap Masjid Nabawi, taman tersebut terletak di sebelah kanan masjid. Kalau nak ke sana, kena menyusur jln tepi masjid. Sahabat baik saya yg mengesyorkan ke taman ini.... kalau tak kami tak tahupun kewujudannya..... (tak ada rezeki utk mengerjakan haji bersama2 dengannya pada thn lepas).

On the way ke taman
Bin Dawood

Taman tersebut tak sentiasa dibuka. Alhamdulillah, kami bernasib baik hari ni.... taman di buka utk kunjungan org ramai. Kecil sahaja tamannya tapi menghijau.... dipenuhi pokok2 yang merimbun. Bunga kertas pun ada. Mungkin inilah satu2nya tempat yang menghijau di sini.... tempat lain kering dek cuaca panas.

Masa kami sampai, sekumpulan warga Turki sedang berkumpul dan mendengar tazkirah di sini (agaknya). Mungkin beliau bercerita mengenai sejarah taman ini pada ahli kumpulannya.


Menurut sejarahnya, di sinilah tempat ABu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW wafat. Di sinilah, kalangan sahabat Anshar dan Muhajirin berkumpul, membicarakan siapa pengganti Nabi Muhammad SAW, pada saat jenazah Nabi masih belum dimakamkan. Rasulullah juga dikatakan sering berehat di sini dan pernah solat di tempat ini. Keluarga Saidah adalah sahabat Nabi yang kerap menemani Nabi duduk-duduk di Saqifah. Untuk cerita lanjut, saya sertakan salah satu link yang berkaitan Perdebatan di Saqifah Bani Sa'adah.

Inilah tamannya....
Dgn kuasa Allah, pengairan yang baik telah menyuburkan taman ini..



Suami saya mengambil gambar ranting pokok
Ranting tersebut seakan2 akar fatimah

Inilah ranting yang dimaksudkan

Inikah sumur Bani Saidah?

penjaga taman

Taman di sebelah kanan
Laluan di luar taman
Keluar dari taman, suasana seperti sediakala. Tiada lagi pokok2 dan dedaun hijau yang subur merimbun. Cuaca dah mulai panas... dan kami sambung perjalanan kami dengan menyusur tembok/pagar..... mengikuti laluan terus ke hadapan, tidak menggunakan laluan yang sama seperti awal pagi tadi.... Santai berjalan mengelilingi kawasan sekitar Masjid Nabawi.

Tiba di bangunan Mahkamah, kami masuk semula dalam pagar masjid....

Bangunan Mahkamah

Tak jemu2 mengambil gambar di sini
Tempat yang penuh keberkatan....
Yang tenang lagi mendamaikan
Bersambung......

4 comments:

  1. Rugi la kami tak pergi melawat taman ni, kami tahu pun.....mungkin belum ada rezeki kami....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, jika ada rezeki lagi... pasti kena cari....

    ReplyDelete
  3. Sue....sejak tau blog sue ni..sekali2 saya singgah untuk menghilangkan rindu.....

    ReplyDelete