Saturday, February 18, 2012

Kenangan Terindah (9): Perjalanan ke Mekah

Sambungan dari Kenangan Terindah (8): Sofaikat Bani Saedah

Assalamualaikum....

Pada malamnya, 10/10 jemaah KT 9 dah dapat sticker baru untuk penginapan di Mekah nanti. Sebelum2 ni, saya sering berdoa agar dikekalkan sebilik dengan roomates saya di Madinah. Tapi, walau apapun, saya percaya dan sangat-sangat percaya...... jika tak dapat sebilik, itulah ketetapan Allah yang terbaik buat saya...

Daaaaannnnnnn...

Seperti yang saya jangka.... saya tak sebilik dengan sesiapepun dari kalangan roomates saya ni... Kak Nita sebilik dengan Zatul, Auntie Sherry dengan Kak Jem... dan saya dengan jemaah lain yang sudah pasti saya tak kenal langsung. Timbul juga rasa sedih dan risau.... Walaupun kami bersama cuma 8 hari, saya dah mula sayang selesa dengan mereka. saya pujuk hati saya, will spend most of the time in Masjidil Haram. Astaghfirullahalazim.... cepat2 saya positifkan semula minda saya... Ye, itulah yang terbaik buat saya. Saya yakin dan pasti.

Nampaknya, kena mula persahabatan baru... kena sesuaikan diri dengan suasana baru, kawan2 baru. Itulah hikmahnya... saya akan berkenalan dengan org baru dan melebarkan network persahabatan.

Oh ye.... lupa nak stori..... Kak Nita ni, rupa2nya senior saya di SEMESTI dulu.... tapi kami tak pernah berjumpa..... masa saya masuk, Kak Nita dah keluar...... Kalau tak silap, dia 1st batch semestianist.

Selasa 11 Oktober 2011, hari ini kami dijadualkan bertolah ke Mekah Al Mukarramah. Bas dijadualkan bergerak pukul 7.00 mlm. Dalam hati, risau juga nak berjalan jauh pada waktu malam.... merentasi padang pasir, kiri kanan jalan yg gelap gelita. Astaghfirullah... serahkan semua urusan pada Allah.... jgn fikir yg bukan2.

Sebelum meninggalkan kota suci Madinah, disunatkan melakukan ziarah wada', menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda. Hukumnya - sunat muakkad. Bgm nak buat zizrah wada'? Sama je mcm mula2 sampai dulu.... seelok2nya, ziarah di waktu2 paling akhir jemaah akan meninggalkan Madinah. Lepas ziarah, jemaah masih boleh berada di Madinah bagi apa2 tujuan, w/pun melibatkan bermalam semalaman lagi.... Berbeza dgn tawaf wada' di Mekah.... nanti saya cerita ye...

Ada yg salah sangka.... menyangkakan yang ziarah wada' bermakna perlu masuk ke Raudhah (sbb makam Baginda di Raudhah). Tidak.... tak perlu. Cukup sekadar melawat maqam Baginda di sebelah luar sahaja... tak perlu bersesak2 utk masuk semula ke Raudhah.

Sayu rasa hati hendak meninggalkan Madinah.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Salam atasmu ya Rasulallah

Aku titipkan engkau kepada Allah

Dan ku ucapkan salam atasmu

Aku mempercayai Allah dan apa yang diwahyukan kepadamu

Ya Allah,

jangan jadikan ziarahku ke Nabi-Mu ini sebagai ziarah yang terakhir

Sekiranya Kau wafatkan aku sebelum ini

Aku bersaksi dalam kematianku apa yang saksikan dalam hidupku

bahwa tiada Tuhan kecuali Engkau

dan Muhammad adalah hamba-Mu dan Rasul-Mu

Semoga Allah senantiasa mencurahkan selawat kepadamu, dan

semoga Allah tidak menjadikan salamku padamu ini sebagai salam yang terakhir.

Lepas ziarah wada', kami balik ke hotel.... menyiapkan beg2 utk diuruskan oleh petugas2 hotel. Mudah sahaja urusannya... letakkan beg besar di tempat yang dikhaskan di level masing2.... dan beg2 tersebut akan diambil alih oleh petugas2 hotel. TH dah siap2 arrange utk kita semua.... Kita bawa beg sandang aje, tak perlu susah2 seret beg besar.... bagusnya TH.

Bergambar sebelum bertolak

W/pun bas dijadualkan bergerak pada pukul 7pm, kami diarahkan utk turun tunggu di bawah pukul 5.30 pm. Tapi..... alhamdulillah.... semua urusan berjalan lancar dan kami mula meninggalkan Madinah tepat pukul 5.45 pm dan sampai di Bir Ali pada 6.15 pm..... dekat aje..... 7 km dari Madinah.

Ada apa di Bir Ali? Sebelum kita masuk tanah haram (Mekah), kita wajib berihram dan memasang niat di miqat. Untuk yang dtg dari Madinah, tempat miqat adalah di Bir Ali. Jarak antara Bir Ali dan Mekah adalah lebih kurang 450km. Bagi jemaah wanita yg uzur, tetap kena berihram. Semua amalan2 sunat sebelum berniat ihram boleh dilakukan melainkan solat sunat ihram.

Memandangkan kami semua mengerjakan Haji Tamattuk (mengerjakan umrah dulu, kemudian Haji), maka niat ihram adalah niat ihram umrah. Berniat ihram adalah rukun dan wajib berniat di miqat. Apa beza rukun dan wajib? Kalau kita meninggalkan (tak buat) perkara rukun, maka haji/umrah kita tak sah atau batal. Kalau perkara wajib ditinggalkan, haji/umrah kita tetap sah tetapi kena bayar dam. Paham ke?

Selepas berniat.... silalah jaga pantang larang dalam ihram. Pantang larang tersebut kelihatan mudah sahaja, tapi bila dlm keadaan berihram.... terasa agak berat sbb perlu lebih berhati2.... Masa tu lah, kepala minta digaru, serpihan kuku nak tercabut.... mcm2.


Masjid Dzulhulaifah @ Bir Ali
Berhenti dlm sejam utk solat Isya' dan solat sunat ihram

Perjalanan diteruskan..... talbiah mula dialunkan secara beramai2. Tapi, makin lama..... makin menghilang suara jemaah2 bertalbiah, melainkan abg. Sepanjang perjalanan, abg tak berhenti2 bertalbiah. Kelihatan bersemangat betul abg kali ni (berbanding masa umrah dulu). Saya tak nampak abg tidurpun.... Sekali sekala, abg berhenti utk minum air, mesti sbb tekak dah kering. Lepas tu, sambung balik.

Awalnya, saya bimbang `suara'nya itu akan mengganggu jemaah lain yang nyenyak tidur. W/pun tak kuat sangat... tapi, jemaah yang berdekatan dikiri, depan, belakang kami... pasti mendengar dgn jelas. Tapi, saya tak pula sarankan agar abg berhenti dan baca dlm hati.....

Lama2 saya rasa, bagus juga abg bertalbiah berterusan sbb saya tak erlu lagi nak bertalbiah sendiri sbb automatically mind saya dah `diikat' untuk turut bertalbiah. Kalau saya bertalbiah sendirian dalam hati, mesti sering tersasar sbb fikiran mula menyimpang memikirkan benda2 lain. Saya amat berterima kasih dan harap jemaah lain (yg turut mendengar) turut berperasaan yang sama seperti saya..... Lama kelamaan.... terlelap juga ia.... dan menyambung semula talbiahnya sebaik terjaga.

Laju betul bas dibawa.... bila difikir2 balik..... bagus sebenarnya travel mlm2 ni..... Dengan jarak perjalanan yang jauh, cuaca malam amat mendamaikan dan nyaman. Kalau travel di siang hari, pasti cuaca panas terik dan tak selesa.... kemungkinan akan lebih penat. Itu la..... Allah dah aturkan segala2nya dgn baik..... jgn dirisaukan.

Berhenti rehat di `RnR' hehhe... sejukkk

...supper...

jemaah berehat2....
Itulah bas yg membawa kami semua... beg atas atap bas

Akhirnya, kami sampai ke destinasi pukul 2.15 am. Total journey 8 jam. Alhamdulillah.... perjalanan selesa dan cuaca sgt2 baik. Perjalanan yg jauh tak terasa..... Jemaah KT 9 ditempatkan di Maktab 89, Hotel Qasr Al-Shourouq. Bilik saya nombor 207 dan abg 208.

Alhamdulillah syukur....... Jarak di antara hotel dan masjid dlm 600 - 650m. Sama seperti di Madinah, pusat operasi TH juga di sini.... kaunter pengeluaran wang (penting tu... hehe), klinik, penasihat ibadah haji, dll.... Ya Allah, syukur...

Cuma..........

Jumlah ahli bilik saya adalah 8 orang (termasuk saya). Ramai tu..... Ada yg dpt sebilik 3 orang (tak yah pergi ikut pakej pun, boleh dpt sebilik 3 org). Saya, ok je sbb bukannya nak berehat2 di bilik.... cuma penggunaan bilik air yg... mungkin kritikal.... Berebut2kah nanti? Apa2pun.... sekali lagi saya nak cakap.... Allah dah aturkan segala2nya dengan baik, jgn dirisaukan.. 3 org telah diberi cuti rehat dr bersolat dan 2 org warga emas (tak la emas sgt... 60 thn) yg berkemungkinan tak mampu nak berulang alik ke masjid dgn kerap.

Jadi... tinggal berapa yg nak `berebut' bilik air (sbl waktu solat)? 8 tolak 5 sama juga 3.... Ye.... 3 org shj.....

Bersambung......

No comments:

Post a Comment