Assalamualaikum...
Sambungan dari Kenangan Terindah (25): Sejarah Ringkas Haji Wada'
Rabu, 26 Oktober 2011... Sudah 24 hari berada di tanah Arab. Semakin hari, semakin bertambah bilangan hari di sini.... juga memberi makna, semakin berkurangan bilangan hari yang tinggal untuk kami menikmati detik2 berharga di tempat yang penuh keberkatan ini. Peliknya, saya tidak begitu merindui tanah air saya.. Anak2? Rindu-rindu gitu ajela... may be tak terasa sangat sbb selalu berhubung... Mana taknya, sehari sampai 2X skype.
Kali ni, saya nak kongsikan pemerhatian saya di Mekah. Sekadar berkongsi pengalaman... Yang baik jadikan pedoman.
SOLAT KE TAK?
Jangan pelik sekiranya terlihat golongan2 tertentu yang solat sendiri2.... Kadang2, mereka ini berada ditengah2 saf dan tak ikut imam. Kadang2, terkeluar dari saf. Yang lain dah mula angkat takbiratul ihram, dia ni masih duduk2 dan melepak2...
MENDAHULUI IMAM
Ada juga yang solat mendahului imam. Ishk! Mengganggu konsentrasi aje sbb hati tertanya2... solat apakah itu? Sbg contoh, imam belum rukuk, dia dah rukuk... imam rukuk, dia iktidal.... imam iktidal, dia sujud. Pendek kata... dia mendahului imam dlm setiap pergerakan solat. Ada juga kategori yg sama tp berbeza kekdahnya. Contohnya, kita berjemaah Isyak, 4 rakaat... tp.. dia ni, lepas rakaat ketiga dah bg salam.
"LURUSKAN SAF..."
Yang suka menyelit2 antara saf tu.... sangat berleluasa. Walau saf dah penuh, mereka tak peduli. Siap buat saf tambahan lagi di hadapan kita. Kerja saya, asyik membetul2kan saf org kiri kanan depan blakang saya. Mana taknya, kdg2 senget tak ikut line.... apalah susah sgt....
PERCAMPURAN SAF
Percampuran saf antara lelaki dan perempuan juga sering berlaku. Yang suami nak solat sebelah isteri dan begitu juga sebaliknya. Yang menghampakan saya, jemaah dari Malaysia juga ada yang terikut2 pe'el (betul ke eja ni?) mereka2 ni. Byk kali juga saya tegur cara baik, sambil senyum2.... "encik, saf lelaki di hadapan tu... tak jauh pun..." Kalau bukan Melayu tu, saya guna bahasa isyarat je. Ada yg bergerak slps ditegur, ada juga yg tak nak bergerak. Yg tak nak bergerak tu, saya tegur lagi sekali bila solat dah nak bermula (dah berdiri). Alhamdulillah.... akhirnya, ikut juga ckp saya. Tak malu, kan?
PERBEZAAN HARGA
Peniaga sering berkata, Malaysia bagussss.... Malaysia kaya...... Ada juga diskriminasi harga barang terhadap jemaah Malaysia. Contoh sebenar, harga barang yg saya beli tak sama dgn yg roomate saya beli. Padahal ia barang yg sama dan serupa. Jadi, kalau nak membeli... lebih baik beli pada kedai yg ada display tanda harga. Saya juga dah ada kedai favourite, terletak sgt berhampiran dgn hotel kami. Kedainya ada air-cond, price tag dan peniaganya juga ramah.
WAJAH2 SERUPA
Di sini... berkali2 saya jumpa wajah2 yg saya kenali... tak kira samada yang masih dipinjamkan nyawa ataupun yang telah diambil nyawanya. Allahuakhbar.. Subhanallah... Wajah2 serupa yg pernah mewarnai kehidupan saya. Ada wajah makcik/pakcik saya... kwn2 saya. Di saat itu, seakan2 saya ingin mengambil gambar mereka, tapi.... takkan lah kaannn....
TIMUN
Di sini (dan di Madinah), jemaah Muassasah akan dihidangkan sayur timun yg dimasak... bukannya dimakan sbg ulam. Pernah rasa ke? Saya tak pernah. Ini kali pertama. Saya tak pasti samada jemaah pakej swasta berpeluang merasanya atau tidak. Mula2 saya rasa agak pelik, tapi lama kelamaan... terima aje.
PILIHAN. DI LUAR ATAU DI DALAM?
Jemaah bertambah hari demi hari. Bila dah bersesak2, ramai yg solat di dataran masjid shj.. mereka tak masuk kat dalam. Padahal, insyaAllah di dlm masih ada byk ruang utk solat. Bila di dataran dah penuh sesak, akan menyukarkan kita utk masuk dlm masjid sbb mereka akan menghalang laluan utk masuk ke masjid. Senang aje nak mengatasi masalah ni. Datang masjid awal. Tapi.... bila nak keluar pula.... satu dugaan. Bertolak2... byk2 la bertasbih, beristighfar, pasti boleh control hati dan fikiran dari berfikir/berkata2 yg bukan2.
PEMINTA SEDEKAH
Diluar2 masjid, ada ramai peminta sedekah. Yang bagusnya, yg sering saya lihat.... mereka ini akan beratur dalam satu barisan yg lurus. Strategi yg baik utk mengelakkan diri dari dilanggar oleh jemaah2 yg berpusu2 keluar dari masjid. Mereka menyanyikan lagu yg sama dan kekudungan mereka agak diragui. Roomate saya terserempak, ada sorang pakcik tu... cuba memegang tangan `kudung' mereka... mereka cepat mengelak dan memarahi pakcik tersebut. Mereka akan bertempiaran lari sekiranya ada penguasa dtg ambush.
CLEANER
|
Lain-lain?
- Ada saya nampak... sambil2 solat, boleh jwb telefon.... then continue solat.
- Perbuatan syirik juga berleluasa... contoh, mengusap2 cermin di Safa/Marwah... Hmm, ringan sikit kerja petugas Haram
- Masjidil Haram tak ada tingkap. Yg ada hanyalah pintu2 shj.
- Pemandu Mekah yg agak agresif
- Hotel2 tiada tangki air sendiri
- Harga dobi makin meningkat menjelang waktu haji dan akan turun semula selepas waktu haji.
Wallahualam...
salam ziarah, rindu kat mekah kanns.. uhhuu
ReplyDelete