Sambungan dari Kenangan Terindah (49): Lontaran Terakhir
Sampai di khemah (kembali dari melontar), kelihatan dah ada bas yg menunggu jemaah utk dibawa balik ke Mekah.
Bercakap pasal bas ni... Malam tadi dah ada announcement tentang pergerakan bas. Bas akan menunggu seawal selesai Subuh. Jemaah yg terakhir sampai di Mina hari tu, akan menaiki bas yang pertama ke Mekah. Maknanya... saya yg sampai awal di Mina, akan menaiki bas2 yg terakhir. Terakhir tu bila? Mungkin Maghrib pun masih berada di sini...
Ramai juga jemaah2 yg seangkatan (KT awal2) telah bertolak balik ke Mekah (dengan kereta sewa) tanpa menunggu bas yang diperuntukkan. Mereka tak sanggup untuk menunggu lama.... menunggu bas yang ntah bila2 akan sampai.
Positif! Positif! Jangan keluhkan tempoh masa menunggu yg lama utk balik ke Mekah. Nikmati detik2 terakhir di Mina. Flash back... Kamilah antara group yg paling awal sampai di Mina dan juga merupakan antara group akhir yg meninggalkan Mina. Maka..... kamilah yg paaalinggg lama berada di Masyaer. Kamilah yg paling banyak peluang utk berdoa, beribadat, berzikir... Subhanallah... Kalaulah masa2 ini dimanfaatkan dengan sebaik2nya.... Allahuakhbar....
Sementara menunggu bas, saya dan abg berjalan2 sekitar kws khemah... melawat tempat yg bakal kami tinggalkan... Ntah bila lagi dapat ke sini sebagai jemaah haji....
KAWASAN DAPUR
Dapur sedang dibersihkan |
hohoho.... beso nya periukssss |
cleaned! |
Paip yang menyediakan air panas menggelegak Silalah buat air dan masak maggi |
KAWASAN TANDAS
wow... kosong!!!!! |
Tangga toilet yg tinggi menyukarkan warga tua untuk mendakinya... Kasihan melihatnya, ada yg merangkak menaiki tangga Kalau terlihat, segeralah hulurkan bantuan.... |
PERSEKITARAN KHEMAH
Carpet dari Haram |
Carpet dah digulung... bersedia utk dimasukkan ke dlm lori |
Tempat cucuk plug.... terletak di tiang ataaasss khemah Tak sampai nak plug in... So, cam ne kekdah nak charge bateri hp? Saya? Mintak tolong abg... Abg bw extension panjang, so... boleh share ramai2 |
Khemah saya di Lorong Bunga Matahari TH sengaja menamakan lorong2 ini utk memudahkan pencarian Kalau tak, sesat manjang.... Maklumlah.... semuanya khemah kelihatan sama tapi tak serupa |
Gitulah keadaannya jika si suami mencari si isteri @ vice versa Meninjau2... so, dlm khemah pun kena bertudung |
Pintu masuk Maktab 89. I was here! |
Pelan Lokasi |
PERSEKITARAN LUAR KHEMAH
Sebelum2 ini, masa hari2 Tasyrik.... kawasan luar ini dipenuhi oleh peniaga2 yg menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Tidak dinafikan, harga barang yg ditawarkan amat murah... tapi, saya tak tertarik nak beli satu apapun. Abg cuma beli minyak kibas. Sahabat2 saya ramai yg membeli beg, brg2 perhiasan dll.
Tapi, 13 Zulhijjah - selesai subuh je, semua peniaga2 ni berkemas2 untuk kembali ke Mekah. Bumi Mina yang dilimpahi dengan jutaan manusia.... akan kembali sunyi, kosong.
Khemah2 jualan.... Ramai juga yg berjualan di tepi2 jalan |
Keadaan di persekitaran luar khemah, amat menyedihkan saya. Bumi Mina yang suci dicemari sampah sarap yang menggunung. Ntah dari mana datangnya.... secara tiba2 aje. Sebelum ni, memang sampah memang kelihatan di merata2 tempat.... tapi tak la sampai mcm ni. Yang peliknya, tak kelihatan seekor lalat pun berterbangan. Mungkin sbb cuaca yg panas...
Terowong Muassim |
Berapa lama lah masa yg diambil utk membersihkannya.....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMembaca entry kali ini mengimbau kembali kenangan musim haji yg lalu........sedih dan rindu.....betapa cepat masa berlalu, penerbangan pertama musim haji th ni akan bermula pada 17 September....... dah setahun kita kembali dr Tanah Suci, bilakah lagi akan dijemput Allah ya?
Terima kasih dik, semoga adik & keluarga dirahmati Allah. Akak tumpang baca pengalaman adik yg hampir sama ngan akak, akak xberapa pandai nak meluahkan pengalaman dlm bentuk tulisan.......
W'salam..
ReplyDeleteBetul tu... setiap kali saya menaip catitan perjalanan haji ni, setiap kali tu saya rasa mcm segalanya baru sahaja dilalui. Tak sangka... sudah hampir setahun....
InsyaAllah, jika diizinkanNya, kita akan berpeluang untuk menunaikan haji/umrah pada masa akan dtg....